Corteva Agriscience buka ibu pejabat Asia Pasifik di Singapura
Syarikat perniagaan pertanian, Corteva Agriscience, membuka ibu pejabatnya bagi Asia Pasifik di Singapura hari ini (29 Mei).

SINGAPURA: Syarikat perniagaan pertanian, Corteva Agriscience, membuka ibu pejabatnya bagi Asia Pasifik di Singapura hari ini (29 Mei).
Corteva Agriscience adalah milik syarikat kimia terbesar di dunia, DowDupont.
Pembukaan ibu pejabat Corteva di sini adalah salah satu langkah terkini Singapura untuk mengembangkan sektor teknologi pertanian dan jaminan bekalan makanan di negara ini.
Corteva juga mengumumkan penubuhan sebuah makmal kajian dan pengembangan (R&D) yang bertujuan membawa lebih banyak teknologi ke dalam pasaran bagi tanaman makanan strategik seperti beras dan jagung.
Selain itu, sebuah pusat analisis juga dilancarkan bagi membuat ramalan cuaca, penyakit dan ancaman serangga perosak yang menjejaskan tanaman.
Corteva mempunyai 80 kakitangan di Singapura dan ia merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.