Skip to main content

Singapura

Cordlife terima hukuman digantung 6 bulan, tidak akan hantar perwakilan bertulis kepada MOH

Anggaran Waktu Membaca:
Cordlife terima hukuman digantung 6 bulan, tidak akan hantar perwakilan bertulis kepada MOH

Gambar: TODAY/Ooi Boon Keong

Diterbitkan : 14 Dec 2023 01:22PM

SINGAPURA: Cordlife mengumumkan pada Rabu (13 Dis) ia akan menerima tempoh penggantungan selama enam bulan yang dikenakan Kementerian Kesihatan (MOH) selepas beberapa tangki penyimpanan darah tali pusat kendaliannya didapati terdedah kepada suhu yang tidak sesuai.

Dalam pemfailan di Bursa Singapura (SGX), syarikat itu juga menyatakan ia tidak akan menghantar perwakilan bertulis kepada MOH bagi operasinya.

Syarikat itu diberi tempoh 14 hari untuk berbuat demikian selepas MOH mengumumkan pada bulan lalu bahawa ia sedang disiasat.

MOH telah mengarahkan Cordlife supaya berhenti mengambil, menguji, memproses dan/atau menyimpan sebarang darah tali pusat dan tisu manusia yang baharu, atau menawarkan sebarang bentuk ujian baharu kepada pesakit selama tempoh sehingga enam bulan.

"Sejak syarikat menerima notis berkenaan, ia telah bekerjasama dengan MOH untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam siasatan dan menguatkuasakan langkah-langkah yang diperlukan untuk menghuraikan isu sedemikian," kata Cordlife dalam satu kenyataan terbaharunya.

"Cordlife juga ingin memaklumkan bahawa ia akan terus bekerja keras untuk mendapatkan semula kepercayaan MOH dan masyarakat awam dalam protokol dalamannya, proses dan piawaian tadbir urus klinikal dalam tempoh enam bulan dan selepas itu."

Cordlife menyatakan dalam pemfailan kawal selia pada 10 Dis, bahawa beberapa anggota pengurusan Cordlife sedar bahawa salah satu tangki darah tali pusat syarikat tersebut, terdedah kepada suhu tidak sesuai selama beberapa hari pada Jun 2022.

Kira-kira 2,200 unit darah tali pusat yang disimpan dalam satu daripada tujuh tangki yang terjejas - milik kira-kira 2,150 pelanggan menjadi rosak. Seramai 17,000 pelanggan lagi mungkin terjejas, sementara menunggu hasil siasatan ke atas enam tangki lain.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada 8 Dis berkata bahawa siasatan tersebut akan mengambil masa enam minggu lagi.

Disebabkan ketidakpastian berhubung hasil siasatan yang sedang dijalankan, syarikat tersebut tidak dapat menilai kesan kewangan terhadap prestasi kewangan Kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023," kata Cordlife pada Rabu.

Ia bagaimanapun akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pemegang sahamnya dan pelabur, seperti yang dikehendaki SGX.

Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita