Cordlife peruntuk S$500,000 bagi pakej pampasan dipertingkat untuk pelanggan terjejas
Anggaran Waktu Membaca:
Tangki Cordlife. (Gambar: Facebook/Ong Ye Kung)
SINGAPURA: Cordlife memperuntukkan S$500,000 untuk pakej pampasan tambahan kepada pelanggan yang terjejas menyusuli salah urus unit darah tali pusat oleh syarikat tersebut.
Dalam satu pemfailan peraturan mengenai keputusan kewangan bagi separuh pertama 2025, bank darah tali pusat swasta itu menyatakan pada Khamis malam (14 Ogos) bahawa pakej pampasan ini merupakan sebahagian daripada beberapa kos sekali saja, yang dicatat sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Cordlife turut menyatakan bahawa ia menanggung kos sebanyak S$200,000 bagi tujuan ujian ke atas lebih 200 sampel darah tali pusat dari lima tangki simpanan yang dianggap berisiko rendah oleh Kementerian Kesihatan (MOH).
Syarikat itu bersetuju menjalankan ujian tersebut pada April 2024, yang dijangka mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan, sebelum menyemak keputusan bersama pakar dari MOH.
Dalam kemas kini pada Khamis, Cordlife menyatakan semakan yang dijalankan secara menyeluruh dan bebas itu dijangka siap sekitar hujung tahun 2025.
Sebagai sebahagian daripada pakej tambahan yang diumumkan pada 10 Julai, pelanggan yang terjejas akan menerima lanjutan tempoh penyimpanan darah tali pusat sehingga anak mereka berumur 26 tahun, tanpa sebarang kos tambahan.
Syarikat juga meluaskan klausa jaminan, termasuk perlindungan bagi situasi di mana darah tali pusat tidak dapat digunakan untuk pemindahan stem sel yang diluluskan kerana tidak memenuhi piawaian mutu, dan tiada unit gantian yang sesuai dapat ditemui. Dalam kes sebegini, pelanggan yang terjejas akan menerima pampasan S$50,000.
Pada Jun lalu, Cordlife mendedahkan bahawa kira-kira 56 peratus daripada pelanggan yang terjejas menerima tawaran bayaran balik, yang merangkumi yuran tahunan yang dibayar sejak bermulanya “penyimpangan suhu”.
Kes itu pertama kali diumumkan kepada umum pada 30 November 2023, apabila MOH mendedahkan siasatan sedang dijalankan.
Tujuh tangki penyimpanan darah tali pusat terdedah kepada suhu melebihi had yang dibenarkan.
Kira-kira 2,200 unit darah tali pusat rosak dalam satu tangki, menjejas sekurang-kurangnya 2,150 pelanggan.
Pada April lalu, diumumkan bahawa 5,300 unit darah tali pusat dalam satu lagi tangki dan penghantar kering juga tidak lagi boleh digunakan.
SURAT TUNTUTAN
Sesetengah pelanggan yang terjejas mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.
Dalam kemas kini berasingan pada Khamis, Cordlife menyatakan ia menerima surat tuntutan pada 31 Julai daripada firma guaman yang mewakili sekumpulan pelanggan.
Kumpulan itu menuntut ganti rugi atas dakwaan pelanggaran kontrak dan kecuaian.
Jumlah tuntutan pelanggan kini mencecah kira-kira S$8.7 juta, iaitu kurang daripada 10 peratus daripada nilai aset bersih Cordlife setakat 30 Jun.
Cordlife juga menerima dua lagi surat tuntutan pada 28 Mac daripada kumpulan pelanggan berasingan, dan satu lagi pada Mei tahun lalu.
PENTAULIAHAN DAN KEWANGAN
Cordlife turut menyatakan bahawa pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan AABB dan Foundation for the Accreditation of Cellular Therapy (FACT) bagi memulihkan pentauliahan untuk operasinya di Singapura.
Pada Disember 2023, FACT menggantung pentauliahan terapi selular Cordlife, sementara AABB pula menarik balik pentauliahannya pada Ogos tahun lalu.
Dari sudut kewangan, Cordlife melaporkan pendapatan sebanyak S$19.4 juta bagi separuh pertama tahun 2025 - lebih seganda daripada S$9.2 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Keuntungan kasar turut meningkat kepada S$10.9 juta, berbanding hanya S$1.4 juta tahun sebelumnya.
Cordlife menyatakan ia kekal “berhati-hati namun optimis” bahawa prestasi kewangannya akan bertambah baik, disokong oleh penyambungan semula operasi di Singapura dan usaha berterusan untuk menangani isu-isu yang tertangguh.
CEO Kumpulan Cordlife, Chen Xiaoling berkata syarikat sedang meningkatkan usaha jualan dan pemasaran untuk memulihkan keyakinan pelanggan dan membina semula rangkaian jualan.`

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.