Cordlife hadapi tuntutan lebih S$5 juta kerana gagal simpan darah tali pusat dengan betul
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Ooi Boon Keong/Today
SINGAPURA: Cordlife Group menghadapi tuntutan sekurang-kurangnya S$5.45 juta daripada pelanggan yang menyimpan darah tali pusat dengan syarikat itu yang kemudian rosak atau berisiko tinggi untuk rosak.
Dalam pemfailan bursa pada Selasa (2 Dis), Cordlife menyatakan bahawa ia dimaklumkan pada Isnin bahawa satu tuntutan sivil terhadap syarikat itu sudahpun difailkan.
Tuntutan tersebut difailkan seorang individu yang mewakili sekumpulan pelanggan yang menyimpan 109 unit darah tali pusat (CBU) dengan syarikat itu.
Mereka yang memfailkan tuntutan tersebut adalah sebahagian daripada kumpulan yang mengeluarkan surat tuntutan terhadap Cordlife pada 28 Mac.
Cordlife menyatakan bahawa para pelanggan itu memohon pengisytiharan bahawa syarikat itu bertanggungjawab atas kerugian dan kerosakan yang timbul akibat kecuaian dan/atau pelanggaran kontrak. Ini selepas Cordlife didakwa gagal menyimpan dan memelihara CBU berkenaan dengan betul di kemudahannya dan dengan itu menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.
Pihak yang menuntut juga meminta ganti rugi pada nilai pasaran S$50,000 bagi setiap unit yang rosak, atau sebarang jumlah yang ditentukan oleh mahkamah.
Sebagai alternatif, pihak yang menuntut meminta pembayaran balik perbelanjaan yang sia-sia akibat kecuaian Cordlife dan/atau pelanggaran kontrak, atau untuk mahkamah memerintahkan penilaian ganti rugi.
Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada 26 November bahawa Cordlife sudah digantung daripada mengumpul, menguji, memproses atau menyimpan darah tali pusat baharu.
Cordlife tidak boleh mengumpul CBU baharu dan hanya akan dibenarkan untuk mengekalkan penyimpanan CBU sedia ada dan melakukan tindakan terhad berkaitan dengannya, menurut MOH.
Kecuaian Cordlife mengendalikan CBU dengan betul mula timbul pada November 2023, apabila MOH mengumumkan ia sedang menyiasat syarikat itu kerana menyimpan tangki CBU pada suhu yang tidak optimum.
Dalam pemfailan bursa pada Selasa, Cordlife menyatakan bahawa ia sedang mendapatkan nasihat mengenai langkah seterusnya dan akan memberikan kemas kini pada masa yang sesuai.
Syarikat itu menyatakan bahawa tuntutan tersebut hanya berkaitan dengan operasinya di Singapura, dan kumpulan itu masih beroperasi sepenuhnya di pasaran lain.
Lembaga Cordlife sedang menilai kesan terhadap prestasi kewangan kumpulan itu bagi tahun kewangan 2025, yang berakhir pada 31 Disember.
Kedudukan kewangan kumpulan bagi FY2025 akan terjejas secara negatif jika syarikat itu diperintahkan untuk membayar tuntutan tersebut, tambah Cordlife.
Cordlife juga membuat dua pengumuman lain pada Selasa, termasuk pelantikan Encik Wu Gang sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutifnya berkuat kuasa serta-merta. Beliau juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa pencalonan syarikat itu.
Menurut Cordlife, Encik Wu memegang lapan jawatan merentasi beberapa industri, termasuk sebagai naib pengerusi dan presiden eksekutif Sanpower Group serta pengerusi lembaga Dendreon Pharmaceuticals.
Cordlife menyatakan bahawa lembaga syarikat itu akur bahawa ia "sedang menghadapi cabaran operasi. Maka itu, kepimpinan yang berkesan dan mantap adalah penting pada masa ini".
"Oleh itu, dengan mengambil kira bahawa Encik Wu telah memegang pelbagai jawatan peringkat pengerusi dan pengarah merentasi pelbagai sektor ... lembaga syarikat percaya pelantikannya boleh membimbing syarikat ke arah kestabilan dan pertumbuhan masa depan," tambah Cordlife.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.