Cordlife disiasat selepas tangki penyimpanan terdedah kepada suhu tidak sesuai
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Cordlife, sebuah bank privet bagi darah tali pusat, sedang disiasat selepas tujuh tangki yang mengandungi unit darah tali pusat terdedah kepada suhu melebihi had yang ditetapkan.
Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (30 Nov).
Semasa siasatan dijalankan, MOH mendapati bahawa tangki tersebut didedahkan kepada suhu melebih -150 darjah Celsius, iaitu had yang sesuai bagi unit darah tali pusat.
Kira-kira 2,200 unit darah tali pusat dimiliki sekitar 2,150 pelanggan rosak. Menurut siasatan, 17,000 lagi pelanggan mungkin terjejas.
Syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura (SGX) itu diarahkan pada Khamis untuk menghentikan pengumpulan, ujian, pemprosesan dan/atau menyimpan sebarang darah tali pusat dan tisu manusia baharu, selama tempoh sehingga enam bulan.
Cordlife diberi 14 hari untuk menyediakan keterangan kepada MOH.
Penyimpanan unit darah tali pusat, iaitu satu khidmat yang ditawarkan kepada ibu bapa ketika bayi mereka dilahirkan, sudah wujud sejak 20 tahun yang lalu, tambah MOH.
Darah tali pusat, yang mengandungi sel stem, boleh digunakan dalam pemindahan sel stem untuk merawat penyakit darah dan sejumlah barah seperti leukemia dan limfoma, jika bayi tersebut menghidapi penyakit sedemikian pada masa depan.
Pada masa ini, Cordlife diiktiraf di Singapura sebagai perkhidmatan perbankan tisu manusia dan makmal klinikal.
SIASATAN
Ketika pemeriksaan terakhir syarikat tersebut pada September 2022, iaitu rutin dwitahunan bagi perkhidmatan sedemikian, MOH menyatakan ia tidak menemui sebarang masalah berkaitan suhu tangki penyimpanan berdasarkan pemeriksaan rawak.
Cordlife juga tidak mendedahkan sebarang insiden ketika atau selepas pemeriksaan secara rutin itu.
Namun, MOH menerima aduan daripada orang awam pada 24 Julai tahun ini, yang mendakwa unit darah tali pusat yang disimpan dalam tangki di Cordlife terdedah kepada suhu melebihi 0 darjah Celsius, selain isu-isu piawaian lain.
MOH kemudian menjalankan audit yang tidak diumumkan ke atas syarikat itu pada 15 Ogos dan 16 hingga 21 November.
Audit tersebut menunjukkan bahawa unit darah tali pusat Cordlife yang disimpan pada suhu bawah 0 darjah Celsius terdedah kepada suhu melebihi had yang sesuai. Tujuh daripada 22 tangki terjejas sepanjang tempoh berbeza, sejak November 2020.
LEBIH 19,000 PELANGGAN TERJEJAS
"Berdasarkan catatan inventori CGL yang diserahkan kepada MOH, dianggarkan 2,220 unit darah tali pusat dimiliki kira-kira 2,150 pelanggan dalam satu tangki yang terjejas (Tank A) terdedah kepada suhu melebihi had yang sesuai selama beberapa hari pada Februari, Mac dan Jun 2022," dedah MOH.
MOH menambah bahawa siasatan masih dijalankan bagi enam tangki penyimpanan lain, yang mengandungi kira-kira 17,300 unit darah tali pusat dimiliki sekitar 17,050 pelanggan.
RESPONS CORDLIFE
Menurut Cordlife pada Khamis, unit darah tali pusat di tangki pertama tersebut mengandungi 2.66 peratus daripada keseluruhan darah tali pusat yang disimpan kemudahan syarikat itu di Singapura.
Meskipun darah tali pusat di tank tersebut rosak dan tidak sesuai bagi tujuan pemindahan sel stem, Cordlife menyatakan bahawa ia akan terus menyimpan unit darah tali pusat tersebut, kerana "ia mungkin masih bermanfaat bagi perkembangan bidang sel dan terapi gen".
Seorang jurucakap Cordlife memberitahu Mediacorp bahawa syarikat itu akan terus menyimpan unit darah tali pusat pelanggan yang disimpan dalam tangki pertama sehingga anak mereka berusia 21 tahun.
Semua yuran penyimpanan pelanggan yang terjejas akan diketepikan sehingga itu, tambah jurucakap tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.