Skip to main content

Singapura

Cordlife dibenar sambung khidmat darah tali pusat dengan syarat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Cordlife dibenarkan untuk meneruskan khidmat bank darah tali pusat dalam "cara terkawal".

Ia tidak dibenarkan untuk mengumpul ujian, proses dan/atau menyimpan lebih daripada 30 darah tali pusat baharu setiap bulan, mulai 15 September 2024 hinggga 13 Januari 2025.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sekatan tersebut bertujuan untuk melindungi kepentingan pelanggannya.

Notis MOH yang diberikan kepada Cordlife pada Khamis (29 Ogos), sedang menunggu surat perwakilan syarikat tersebut.

Pada 15 Disember 2023, MOM mengarahkan Corldife untuk berhenti mengumpul, menguji, memproses dan menyimpan sebarang darah tali pusat baharu buat tempoh enam bulan. Ini selepas tujuh daripada tangki simpanannya didedahkan kepada suhu melebihi had sesuai.

Unit darah tali pusat milik sekurang-kurangnya 2,150 pelanggan rosak, dengan 17,000 pelanggan lain mungkin terjejas.

Penggantungan tersebut dilanjutkan selama tiga bulan pada 15 Jun tahun ini, supaya Cordlife dapat menyelesaikan pengesahan kaedah pemprosesan darah tali pusat baharunya.

Audit baharu dijalankan MOH ke atas Cordlife pada Ogos menunjukkan bahawa Cordlife memenuhi syarat-syarat penting untuk meneruskan khidmat perbankan darah tali pusat, dedah kementerian tersebut.

"Sebagai contoh, Cordlife mengesahkan kaedah pemprosesan darah tali pusat baharunya, menggunakan sistem pemantauan suhu baharu dengan amalan pemantauan suhu yang sesuai, serta mengemas kini aliran kerja pengesanan dan tindakan insidennya."

MOH menyatakan ia akan terus memantau kestabilan operasi Cordlife dengan teliti, keupayaan kakitangan dan pematuhan berterusan terhadap syarat kawal selianya, termasuk pembaharuan lesennya pada 13 Januari 2025.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita