Cordlife diarah henti kumpul darah tali pusat baharu setelah gagal penuhi keperluan MOH
Cordlife Group digantung daripada mengumpul, menguji, memproses atau menyimpan darah tali pusat baharu mulai Rabu (26 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Ooi Boon Keong/Today
SINGAPURA: Cordlife Group digantung daripada mengumpul, menguji, memproses atau menyimpan darah tali pusat baharu mulai Rabu (26 Nov).
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa Cordlife diberikan sebuah notis tindakan pengawalseliaan.
Cordlife tidak lagi boleh mengumpul unit darah tali pusat baharu (CBU) dan hanya dibenarkan untuk mengekalkan penyimpanan unit sedia ada dan melakukan tindakan terhad berkaitan dengannya, menurut MOH.
"Tindakan terhad ini termasuk memudahkan pemindahan unit darah tali pusat sedia ada kepada bank-bank darah tali pusat yang lain, dan penghapusan unit darah tali pusat sedia ada mengikut arahan klien Cordlife."
Tindakan pengawalseliaan yang diambil terhadap Cordlife menyusuli notis niat yang dikeluarkan oleh MOH pada September lalu berhubung penggantungan lesen yang dicadangkan dan penyerahan kenyataan bertulis kepada Kementerian Kesihatan.
Selepas "pertimbangan teliti" terhadap respons Cordlife, MOH menyatakan bahawa ia menilai Cordlife tidak menangani secara memadai kebimbangan yang dibangkitkan semasa audit pertengahan MOH pada Julai 2025 untuk terus menyediakan khidmat penyimpanan darah tali pusat dengan cara yang selamat, klinikal dan beretika yang sesuai, dan akan memerlukan masa untuk menangani isu-isu tertunggak secara memuaskan.
"Untuk bantu memastikan bahawa Cordlife dapat terus memenuhi kewajipannya di bawah Akta Khidmat Jagaan Kesihatan dan untuk lebih memastikan kesinambungan dan keselamatan unit darah tali pusat yang disimpan dengan Cordlife oleh pelanggan sedia ada, MOH memutuskan untuk meneruskan dengan tindakan pengawalseliaan untuk mengenakan syarat-syarat lesen tambahan terhadap Cordlife, yang pada dasarnya menggantung Cordlife daripada menyimpan, menguji, memproses dan/atau menyimpan darah tali pusat baharu," ia menambah.
Syarat-syarat itu tetap berkuat kuasa walaupun sekiranya lesen Cordlife diperbaharui selama setahun pada Januari 2026, dan sehingga syarikat itu "membuktikan keupayaan untuk memenuhi secara konsisten keperluan pengawalseliaan bagi khidmat penyimpanan darah tali pusat," menurut MOH.
MOH juga menyatakan ia mahu Cordlife menggantikan pegawai tadbir urus klinikalnya yang sedia ada dan menyemak semua rekod makmal bagi kira-kira 160 unit darah tali pusat yang dikumpul sejak Januari 2025.
"MOH akan terus mengawasi dengan teliti pembetulan Cordlife terhadap pelbagai kesilapannya, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kawal selia selanjutnya sekiranya terdapat ketidakpatuhan selanjutnya."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.