Skip to main content

Singapura

Cora Environment peruntuk S$200 juta bagi perkukuh kitar semula, pemulihan sumber

Cora Environment, salah satu daripada tiga syarikat pengurusan sisa awam akan membelanjakan S$200 juta sepanjang lima tahun akan datang bagi mengukuhkan pengitaran semula dan pemulihan sumber.

Anggaran Waktu Membaca:
Cora Environment peruntuk S$200 juta bagi perkukuh kitar semula, pemulihan sumber

Cora Environment akan membelanjakan S$200 juta sepanjang lima tahun akan datang bagi mengukuhkan pengitaran semula dan pemulihan sumber. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Cora Environment, salah satu daripada tiga syarikat pengurusan sisa awam akan membelanjakan S$200 juta sepanjang lima tahun akan datang bagi mengukuhkan pengitaran semula dan pemulihan sumber.

Sebelum ini dikenali sebagai SembWaste dan SembEnviro, firma itu akan menyalurkan dana tersebut ke dalam maksimum 10 projek rintis.

Ini termasuk mengubah abu daripada sisa yang dibakar menjadi pengganti pasir bagi tanah tambak dan konkrit.

Kemudahannya juga akan dinaik taraf.

Syarikat itu juga akan melancarkan sebuah alat digital baharu bagi pelanggan komersialnya untuk menjejak dan menganalisis sisa dalam masa nyata.

Ia bertujuan membantu mengurangkan pembaziran dan menjadikan proses kitar semula lebih berkesan.

Langkah-langkah sedemikian juga bantu meningkatkan matlamat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke Semakau, iaitu satu-satunya tapak pelupusan sampah di Singapura.

"Ini sebab mengapa Singapura harus membangunkan sebuah ekonomi kitaran, salah satu cara untuk mengurangkan sisa, melanjutkan kitaran hayat produk dan memastikan bahan-bahan digunakan untuk tempoh selama mungkin.

"Dan ini membolehkan kita mengekalkan produk yang digunakan dan supaya kami memastikan ia tidak dihantar ke tapak-tapak pelupusan kita selama mungkin," kata Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran, Zaqy Mohamad.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita