Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COP28: SG negara pertama di dunia laksanakan klasifikasi bagi projek hijau

Anggaran Waktu Membaca:
COP28: SG negara pertama di dunia laksanakan klasifikasi bagi projek hijau

Gambar fail Bay East Garden. (Gambar: Gardens by the Bay/Facebook)

SINGAPURA: Bank pusat Singapura telah melancarkan sistem klasifikasi baharu untuk projek hijau.

Ia adalah yang pertama di dunia untuk mentakrifkan dengan jelas aktiviti yang dianggap sebagai satu peralihan daripada kegiatan bukan hijau sekarang ini, namun menuju ke arah pelepasan bebas karbon.

Tujuannya adalah untuk merangsang pembiayaan bagi kegiatan perniagaan hijau dalam lapan sektor.

Inisiatif Taksonomi Singapura-Asia itu dilancarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Ahad (3 Dis) di sidang iklim COP28 PBB yang sedang berlangsung di Dubai.

Menurut pengarah urusan MAS Ravi Menon, taksonomi baharu itu akan membolehkan pembiayaan bagi aktiviti peralihan mesra iklim sambil mengurangkan risiko 'greenwashing' iaitu taktik yang digunakan oleh perusahaan untuk 'mengelabui' pelanggan agar percaya bahwa produk, layanan, atau misi organisasi mereka adalah mesra alam.

"Taksonomi ini juga menyediakan rangka kerja yang boleh dipercayai untuk menyediakan pembiayaan bagi menyokong perniagaan dan sektor yang tidak begitu hijau untuk menggunakan teknologi bersih serta tingkatkan penggunaan tenaga dengan lebih cekap", katanya ketika berucap di astaka Singapura.

Menteri Kanan Teo Che Hean pula berkata Pemerintah bersedia untuk menyumbang modal pemangkin sebagai sebahagian daripada dana AS$5 bilion (S$6.67 bilion) bagi menyokong usaha ke arah menjadikan rantau ini lebih mesra alam.

Modal itu boleh dalam bentuk geran dan pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah.

"Inisiatif FAST-P akan menjadi yang pertama untuk Singapura dalam meningkatkan keupayaan kewangan gabungan dan pembiayaan lain yang serupa untuk rantau ini. FAST-P juga menandakan sokongan Singapura sejak sekian lama bagi tindakan global transformatif mengenai perubahan iklim, dan kesinambungan daripada banyak usaha kami untuk menggalak pelepasan 'bersih sifar' melalui kewangan," ujar beliau.
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan