COP28: SG, Fiji meterai MOU bagi pemindahan kredit karbon
(Gambar: AFP/Giuseppe CACACE)
DUBAI: Singapura dan Fiji meningkatkan kerjasama berhubung pasaran karbon menerusi satu perjanjian baharu.
Ia menetapkan rangka kerja dua hala pemindahan antarabangsa bagi kredit karbon.
"Sebagai anggota Perikatan Negara-Negara Pulau Kecil, Singapura dan Fiji amat terdedah kepada kesan perubahan iklim," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, yang menandatangani memorandum persefahaman (MOU) itu bersama Perdana Menteri merangkap Menteri bagi Perubahan Iklim Fiji Sitiveni Rabuka pada Ahad (3 Dis).
Bagi syarikat-syarikat Singapura, ini bermakna mereka boleh membeli kredit karbon daripada Fiji bagi mendapatkan sehingga lima peratus cukai pelepasan karbon.
Kedua-dua negara juga sedang bekerjasama untuk mengenal pasti projek-projek mesra alam untuk menyokong matlamat iklim masing-masing.
Contohnya, projek-projek hijau seperti 'karbon biru' di mana disimpan menerusi ekosistem marin.
Singapura dan Paraguay juga merancang untuk memeterai perjanjian serupa pada awal 2024.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.