Contengan grafiti ditemui di tembok laluan jalan bawah MRT Buona Vista
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Reuben Tham
SINGAPURA: Siasatan polis sedang dijalankan selepas contengan grafiti ditemui di tembok laluan jalan bawah menuju ke stesen MRT Buona Vista.
Demikian menurut polis pada Selasa (8 Ogos).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis mengatakan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu.
Grafiti tersebut tertera beberapa perkataan dan simbol: "IF 1 (syringe) = 1 DEATH = 1 (stick figure being hanged) = HOW MANY 4 U SG GOV?"
Setibanya Mediacorp di tempat kejadian pada pukul 12.40 tengah hari pada Selasa, kon dan pita polis kelihatan diletakkan di sekitar dinding yang diconteng. Polis juga dilihat berada di tempat kejadian.
Laluan jalan bawah tersebut kemudian dikepung di kedua-dua bahagian hujung sekitar pukul 1.20 tengah hari dan pekerja dilihat membersihkan contengan tersebut pada pukul 2.05 petang.
Mediacorp sudah menghubungi Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) dan Majlis Bandaran Tanjong Pagar untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.