Connect@Changi dibuka bantu pelawat perniagaan adakan mesyuarat di S'pura dengan selamat
Sebuah kemudahan perintis dilancarkan siang tadi (18 Feb) bagi membantu para pelawat perniagaan mengadakan mesyuarat di Singapura dengan selamat, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa pandemik COVID-19 sekarang.
SINGAPURA: Sebuah kemudahan perintis dilancarkan siang tadi (18 Feb) bagi membantu para pelawat perniagaan mengadakan mesyuarat di Singapura dengan selamat, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa pandemik COVID-19 sekarang.
Connect@Changi mempunyai 150 bilik tetamu dan boleh diluaskan untuk menampung 1,300 pelawat.
Ia sudah pun menerima beberapa tempahan seperti dari Advanced MedTech, syarikat pembuat alat kesihatan tempatan yang berpangkalan di sini.
Para pelawat perlu menginap di kemudahan itu sepanjang tempoh mereka di sini.
Mereka hanya dibenarkan berinteraksi dengan para pelawat lain yang sudah didaftarkan terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada kohort mereka.
Mesyuarat dengan mereka yang berpangkalan di Singapura perlu dilakukan di dalam bilik-bilik yang dibahagikan dengan panel kedap udara dari lantai ke siling untuk mengurangkan risiko penularan.
Connect@Changi adalah untuk penginapan tidak lebih 14 hari.
Ia dijangka digunakan bagi mesyuarat para pegawai kanan, pertemuan bagi khidmat nasihat undang-undang dan perjumpaan pegawai-pegawai perbankan privet.
"Penyambungan semula perjalanan perniagaan dan perjumpaan antarabangsa adalah penting untuk menjadi pemangkin pemulihan ekonomi di Singapura dan rantau ini.
"Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepat pemulihan sektor-sektor MICE dan hospitaliti yang terjejas teruk dan mengekalkan peranan kita sebagai hab perniagaan global," kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Heng Swee Keat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.