Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ComLink perlukan lagi 4,000 relawan untuk perluas program dampingi keluarga

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2023 07:40PM Dikemas Kini : 14 Mar 2023 11:35PM
SINGAPURA: Lagi 4,000 sukarelawan diperlukan untuk mendampingi keluarga-keluarga di bawah program ComLink sedang Pemerintah meningkatkan bantuan bagi golongan memerlukan.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menetapkan sasaran untuk menambah jumlah sukarelawan sedia ada sebanyak lima kali ganda. Ini agar program ComLink yang diperkemas dapat diperluaskan kepada 14,000 keluarga.

Setiap bulan sejak setahun lalu, Shen Jun menjenguk keluarga Max Wong yang tinggal di sebuah flat sewa di Toa Payoh. Kini, beliau rapat dengan pegawai keselamatan itu dan anak lelakinya yang berusia 8 tahun.

Sebagai Pendamping ComLink, beliau juga membantu keluarga Encik Wong berusaha memiliki rumah sendiri. Ini termasuk membantu Encik Wong dan isterinya untuk mencari pekerjaan.

Bagi membantu keluarga-keluarga seperti keluarga Encik Wong, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga mahu memudahkan akses kepada sokongan.

Para pendamping kini boleh merangkumkan semua program yang paling sesuai untuk keluarga-keluarga tersebut dan membantu mereka untuk membuat permohonan.

"Saya rasa tanggungjawab seorang pendamping akan bertambah kerana mereka akan menjadi kontak utama antara keluarga tersebut dengan Pejabat Khidmat Sosial (SSO). Maka itu, saya berpendapat mungkin kita boleh menjalani lebih banyak latihan dan lebih banyak sokongan daripada ComLink serta SSO supaya dapat sediakan khidmat lebih baik kepada keluarga-keluarga tersebut," kata Encik Shen Jun.

Walaupun para pendamping perlu melakukan lebih banyak kajian bagi memahami skim-skim sedia ada, mereka tidak harus melakukanya secara sendirian.

"Bagi Shen Jun, sebagai seorang pendamping, beliau memiliki kepakaran dan pengalaman hidup. Jadi beliau adalah orang yang paling rapat dengan keluarga itu, yang dapat menjalinkan hubungan itu. Namun bagi saya, saya menyokong Shen Jun dari segi membantu merujuk keluarga itu kepada agensi-agensi khidmat sosial dan agensi-agensi bantuan," kata Pegawai Pendampingan ComLink Shelly Mah.

Namun, bukan mudah untuk memikat sukarelawan.

Buat masa ini, MSF mempunyai sekitar 760 pendamping yang memberi khidmat kepada sekitar 3,500 keluarga.
Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan