ComLink+ diharap bantu keluarga ini capai aspirasi miliki rumah sendiri
Sudah hampir empat tahun, Encik Kadir Ismail sekeluarga menetap di flat sewa dua bilik mereka di Tampines.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sudah hampir empat tahun, Encik Kadir Ismail sekeluarga menetap di flat sewa dua bilik mereka di Tampines.
Demi tiga cahaya matanya yang berusia antara empat hingga lapan tahun, beliau menyimpan hasrat untuk memiliki rumahnya sendiri suatu hari nanti.
Dengan pendapatan bulanan beliau dan isteri sekitar S$3,000 sebulan, impian tersebut terhambat kerana simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang belum mencukupi.
"Saya sudah cuba memohon (flat). Cuma, wang CPF kami tidak cukup. Jadi buat masa ini kita tunggu sahaja sebab CPF tak cukup," kata Encik Kadir, 58 tahun.
MAHU BERI KESELESAAN UNTUK KELUARGA
Encik Kadir bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan manakala isterinya, Cik Sitchon Krystl Anne Barbajo, 38 tahun, penduduk tetap Singapura dari Filipina, bertugas di sebuah restoran makanan segera.
Selain perlu membiayai persekolahan anak-anak, mereka juga perlu membayar sewa rumah di antara S$50 hingga S$250 sebulan.
Peruntukan kewangan itu membuatkannya sukar untuk pasangan itu menabung untuk rumah idaman mereka.
Beliau yang mempunyai seorang anak lelaki, lapan tahun dan dua anak perempuan berusia lima dan empat tahun juga prihatin kerana anak-anaknya yang semakin membesar juga inginkan ruang sendiri.
"Siapa tak nak rumah besar kan berikan anak-anak keselesaan? Ada macam nak nangis juga ini, fikirkan budak-budak ini. Mereka punya permintaan minta rumah ini. Kebanyakan mereka (anak-anak) dengan kawan dan mereka memberitahu saya "kawan saya tinggal di sini, kawan saya tinggal di sini." Kesian pula. Apa nak buat, terpaksa bekerja keras. Saya cuba sedaya upaya mendapatkannya (rumah)," kongsi Encik Kadir.
Peluang Encik Kadir sekeluarga untuk mendapat rumah kini semakin cerah.
Di bawah skim ComLink+ yang baru diumumkan pemerintah, beliau dan sekitar 14,000 keluarga akan meraih manfaat daripada pelbagai skim baharu dan yang dipertingkat.
Untuk membantu mereka mendapatkan rumah, Encik Kadir dan isteri misalnya boleh menerima sehingga S$550 dalam bentuk wang tunai dan caruman kepada CPF mereka setiap tiga bulan.

PEMBIMBING KELUARGA BERI SEMANGAT; JALAN KELUAR
Encik Kadir juga bersyukur kerana seorang pembimbing keluarga juga dikhususkan untuk membantunya mendapatkan bantuan yang diperlukan, termasuk permohonan rumah.
Sejak setahun yang lalu, Encik Raffles Tan sudah banyak membantu keluarga tersebut dari segi mendapatkan barangan persekolahan anak-anaknya dan juga membantu menganjurkan kegiatan-kegiatan keluarga.
"Kami telah mendampingi mereka dari segi program dan acara-acara yang kami ada di Pejabat Khidmat Sosial (SSO) dan menghubungkan mereka dengan program-program yang bermanfaat kepadanya sekeluarga," kata Encik Tan yang kerap berhubung dengan keluarga itu melalui telefon atau lawatan ke rumah.
Sebagai pembimbing keluarga itu, beliau juga lega melihat keluarga Encik Kadir lebih bermotivasi kini dan terbuka untuk sertai program-program yang ditawarkan.
"Misalnya bagi mempersiapkan anak sulung mereka, mereka menghantarnya ke program 'Kafe Kerja Rumah' kami di mana beliau akan datang untuk menghabiskan kerja rumahnya setiap hari Sabtu. Itu adalah program-program yang kami rasa tentunya bermanfaat dan sesuatu yang sudah ditetapkan Encik Kadir untuk keluarganya dan kami akan terus menyokongnya.
"Dengan menjadi bermotivasi bermakna mereka sudah mencari peluang-peluang untuk membantu diri mereka menjadi lebih baik," tambah Encik Tan.
Dengan sokongan yang dipertingkat bagi memperkasa golongan berpendapatan rendah ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli berkata inisiatif itu dapat memperkukuhkan lagi sokongan buat keluarga bergaji rendah termasuk mereka yang dibantu menerusi Projek Dian.
"Apa saja bantuan yang pemerintah berikan harus jangan mematikan semangat berusaha tetapi kita juga akur bahawa mereka perlu sokongan. Sebab itu kami juga akan menyediakan sokongan yang terbaik bagi mereka, sekali gus bagi mereka yang memberi usaha yang baik, kami juga akan membantu mempercepatkan lagi kemajuan," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
Beliau menambah, ComLink+ juga membolehkan para sukarelawan Projek Dian untuk memberikan bantuan yang lebih dan lebih cepat.
"Projek Dian dan ComLink+ ini adalah saling melengkapi. Mereka memperkuatkan satu sama lain dan saya harap ini sekali gus mengeluarkan anak-anak ataupun keluarga Melayu/Islam kita daripada tinggal di rumah sewa hingga memiliki rumah mereka sendiri," ujarnya.
Ini juga antara tujuh anjakan utama yang diumumkan dalam laporan Melakar Hala Tuju Singapura.
Skim-skim Comlink+ akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada separuh kedua 2024.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.