Skip to main content

Singapura

ComfortDelGro uji bas ulang-alik tanpa pemandu di NUS mulai Mac 2019

Syarikat pengangkutan ComfortDelGro akan menguji khidmat bas tanpa pemandu di kampus Kent Ridge Universiti Nasional Singapura (NUS) mulai Mac 2019, menurut pengendali khidmat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Nov 2018 04:56PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 09:35PM

SINGAPURA: Syarikat pengangkutan ComfortDelGro akan menguji khidmat bas tanpa pemandu di kampus Kent Ridge Universiti Nasional Singapura (NUS) mulai Mac 2019, menurut pengendali khidmat tersebut.

Ini merupakan kali pertama sebuah pengendali pengangkutan menguji khidmat bas ulang-alik tanpa pemandu. Demikian menurut ComfortDelGro dalam kenyataan medianya hari ini (12 Nov).

Anak syarikat ComfortDelGro, ComfortDelGro Bus akan mengendalikan bas ulang-alik tanpa pemandu EasyMile EZ10 selama setahun. Percubaan itu akan dibiayai oleh Inchscape Singapore.

Bas ulang-alik yang berupaya menampung 15 penumpang itu akan melakukan perjalanan sejauh 1.6km di NUS antara Heng Mui Keng Terrace dengan Business Link.

Namun, tiada penumpang akan menaiki bas tersebut ketika percubaan sedang dijalankan. Sebaliknya, percubaan itu akan ditumpukan kepada usaha mengumpul data bagi sistem pengemudiannya.

Seorang jurutera keselamatan akan menaiki bas ulang-alik itu untuk memastikan ia beroperasi dengan selamat dan juga untuk menyumbang kepakarannya.

Usaha ini merupakan kali ketiga ComfortDelGro menguji kenderaan tanpa pemandu di Singapura, dengan dua lagi ujian sedang dijalankan di Sentosa dan Pulau Jurong oleh anak syarikatnya, SBS Transit.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita