Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ComfortDelGro uji bas tanpa pemandu di NUS

Bas ulang-alik tanpa pemandu kendalian ComfortDelGro akan diuji di kampus Kent Ridge Universiti Nasional Singapura (NUS) mulai Sabtu ini (25 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro uji bas tanpa pemandu di NUS

Bas ulang-alik tanpa pemandu, NUSmart. (Gambar: NUS)

Diterbitkan : 23 May 2019 04:17PM Dikemas Kini : 23 May 2019 04:22PM

SINGAPURA: Bas ulang-alik tanpa pemandu kendalian ComfortDelGro akan diuji di kampus Kent Ridge Universiti Nasional Singapura (NUS) mulai Sabtu ini (25 Mei). Namun, ujian dengan penumpang di dalamnya hanya akan bermula pada lewat tahun ini.

Dipanggil NUSmart Shuttle, bas tersebut menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan boleh menampung seramai 12 penumpang. Perjalanannya pula berdasarkan laluan yang sudah ditetapkan dan ia dilengkapi dengan alat sensor untuk mengelak sebarang hadangan.

Bagi tempoh ujian selama sebulan setengah, bas itu akan melakukan perjalanan sejauh 1.6 kilometer antara Heng Mui Keng Terrance dengan Business Link pada kelajuan antara 5 hingga 16 kilometer sejam.

UJIAN DENGAN PENUMPANG BERMULA SUKU KETIGA

Ujian-ujian yang melibatkan penumpang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.

Semasa ujian-ujian itu dijalankan, seorang pengendali akan turut menaiki bas tersebut untuk memastikan operasinya selamat di samping memberikan maklumat kepada para penumpang.

Bas berkenaan adalah berdasarkan teknologi EasyMile dan dibiayai dan diimport oleh Inchcape Singapore.

Buat masa ini, anak syarikat ComfortDelGro, SBS Transit juga sedang menjalankan dua ujian sedemikian di Sentosa dan Pulau Jurong. 

Sumber : CNA/SM/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa