ComfortDelGro tutup pusat memandu di Ubi susuli 4 kes COVID-19
Syarikat pengangkutan ComfortDelGro menutup sekolah memandunya selama dua minggu selepas pihak berkuasa mengesan empat kes COVID-19 di pusat memandunya di Ubi.

(Gambar: Facebook/Pusat Memandu ComfortDelGro)
SINGAPURA: Syarikat pengangkutan ComfortDelGro menutup sekolah memandunya pada Khamis (15 Jul) selama dua minggu selepas pihak berkuasa mengesan empat kes COVID-19 di pusat memandunya di Ubi.
Semua pelajaran fizikal, ujian teori dan praktikal memandu yang telah ditetapkan dari hari ini hingga 29 Julai akan dibatalkan secara automatik dan yuran dipulangkan semula ke akaun pelajar, menurut sekolah itu di laman serta Facebooknya.
Pejabat cawangan Pusat Memandu ComfortDelGro di Kovan dan juga pusat perkhidmatannyadi Tampines juga ditutup pada Khamis (15 Julai) hingga 29 Julai dengan semua tempahan dibatalkan.
Ketua pegawai penjenamaan dan perhubungan kumpulan ComfortDelGro, Cik Tammy Tan, berkata hanya pelajaran teori secara online akan dijalankan seperti dijadualkan.
Tanpa memberi butiran empat orang yang dijangkiti koronavirus itu, Cik Tan memberitahu Mediacorp bahawa ComfortDelGro dimaklumkan mengenai kes itu oleh Kesihatan (MOH) hari ini dan pusat itu diarah tutup selama dua minggu.
Mediacorp sudah menghubungi MOH untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
"Semua kakitangan pusat memandu telah dinasihatkan agar bekerja dari rumah sementara pembersihan menyeluruh dilakukan di tempat kami," kata Cik Tan.
Mereka juga diminta memantau kesihatan mereka dan digalak menjalani ujian swab jika perlu."
ComfortDelGro menyatakan pihaknya melanjutkan secara automatik keanggotaan semua pelajar selama enam bulan "sebagai tanda muhibah".
“Kami amat menyesali kesulitan yang berlaku dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu semua pelajar yang terjejas. Keutamaan kami adalah kesejahteraan pelajar, pelawat dan kakitangan kami,”kata Cik Tan.
Sebaik sahaja ComfortDelGro mengumumkan penutupan serta merta pusat memandunya pada Khamis, puluhan pengguna online meninggalkan komen di Facebooknya untuk mengemukakan soalan.
Ada yang meminta maklumat terperinci kes COVID-19 itu dan sama ada ia melibatkan pelajar.
Seorang lagi mengadu bahawa pelajar yang telah menempah slot memandu tidak diberitahu tentang penutupan itu terlebih dahulu.
“Ramai yang datang ke pusat memandu dan disambut oleh pintu pagar yang berkunci! Tidak langsung memikirkan tentang kami, ”tulis individu itu.
Mereka yang telah menempah ujian memandu semasa tempoh penutupan ingin tahu jika mereka akan diberi keutamaan apabila tempahan dibuka semula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.