ComfortDelgro tingkatkan 'tahap persediaan' tangani ancaman virus Wuhan
Pengendali pengangkutan Singapura, ComfortDelgro menyatakan pada Jumaat (24 Jan) bahawa ia sudah meningkatkan "tahap persediaannya" sebagai respons kepada ancaman virus korona Wuhan.
SINGAPURA: Pengendali pengangkutan Singapura, ComfortDelgro menyatakan pada Jumaat (24 Jan) bahawa ia sudah meningkatkan "tahap persediaannya" sebagai respons kepada ancaman virus korona Wuhan.
Malah, pelitup-pelitup pembedahan kini disediakan di semua stesen minyak ComfortDelgro, bengkel kereta dan kaunter umum untuk diagihkan kepada para pemandu teksi, menurut kumpulan syarikat itu, dengan lebih banyak lagi disediakan sekiranya ada keperluan, tambahnya.
"Sejak SARS pada 2003, kami sudah memastikan bahawa kami sentiasa bersedia untuk sebarang insiden serupa," menurut CEO Kumpulan, Yang Ban Seng.
"Sebagai sebahagian daripada rancangan penerusan perniagaan, kami sudah menyimpan bekalan pelitup dan cairan pembersih bagi memastikan kami sentiasa bersedia. Kami berharap kami tidak perlu melaksanakan rancangan itu tetapi kami akan lakukannya jika perlu."
Singapura mengesahkan kes pertama virus Wuhan pada malam Khamis - seorang penduduk Wuhan, 66 tahun, yang tiba di Singapura bersama keluarganya pada 20 Jan. Beliau kini dikuarantin di Hospital Besar Singapura dan dalam keadaan stabil.
Jadual pembersihan dipertingkat juga akan dilaksanakan, menurut ConfortDelgro sedang situasinya terus berkembang.
Nasihat perjalanan dan kebersihan diri juga sudah dikeluarkan kepada semua para pekerja, termasuk para pemandu, kapten bas, kakitangan barisan hadapan dan belakang, menurut ConfortDelgro dalam satu kenyataan.
Para pekerja ConfortDelgro dinasihati agar elak melakukan perjalanan ke Hubei, wilayah yang menempatkan Wuhan, dan agar berhati-hati dan menitikberatkan kebersihan diri apabila melakukan perjalanan ke tempat-tempat lain di China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.