Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ComfortDelgro perkenal khidmat teksi mewah baharu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2025 08:45PM Dikemas Kini : 03 Jan 2025 08:56PM
SINGAPURA: Syarikat teksi ComfortDelGro mengumumkan pelancaran khidmat teksi mewah baharu.

Teksi mewah terkini itu adalah jenis Toyota Alphard Hybrid yang mampu memuatkan sehingga enam penumpang.

Kesemua 40 teksi mewah Toyota Alphard tersebut sudahpun diambil oleh pemandu teksi ComfortDelGro.

Syarikat itu menyatakan ia ingin menggandakan jumlah teksi mewah sedemikian tersebut menjelang April.

Ciri-ciri istimewa teksi itu termasuklah tempat duduk berventilasi dengan fungsi mengurut, pelindung matahari dan beberapa kemudahan mengecas.

ComfortDelGro menyatakan pemandunya sudah dilatih secara menyeluruh untuk menyediakan perkhidmatan premium.

Teksi mewah, menurutnya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penumpang tetapi juga membuka peluang kepada pemandu untuk meraih lebih banyak pendapatan.

Teksi mewah atau khidmat limusin di Singapura termasuklah jenis Mercedes Viano, Toyota Vellfire dan Lexus ES300.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan