Skip to main content

Singapura

ComfortDelGro mula operasi 20 bas elektrik di kampus NTU mulai Sep

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gergasi pengangkutan awam, ComfortDelGro akan memulakan operasi kira-kira 20 bas elektrik di kampus Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mulai September.

"Kontrak berbilang tahun" yang bernilai S$20 juta itu akan menyediakan Bas elektrik ComfortDelGro untuk memberikan khidmat pengangkutan di empat laluan di kampus NTU dan akan beroperasi daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.00 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Pengumuman itu dibuat hari ini (14 Feb), tiga bulan selepas ComfortDelGro memenangi kontrak S$30 juta untuk mengendalikan khidmat bas elektrik ulang-alik di kampus Universiti Nasional Singapura (NUS).

Dalam satu kenyataan media, ComfortDelGro mengumumkan bahawa ia juga akan membina sebuah pusat kawalan di kampus untuk menyelia operasi.

Pusat itu akan mengerahkan sistem pengurusan pengangkutan dengan "pelbagai wadah digital untuk meningkatkan keberkesanan operasi dan meningkatkan pengalaman penumpang".

"Ini termasuk kaunter penumpang untuk memantau kadar penumpang, alat GPS untuk mengesan lokasi bas dan juga televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menguruskan laporan kejadian," menurut syarikat itu.

"Data yang dikumpulkan daripada alat itu akan dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Bas. Penumpang boleh ketahui lokasi bas, masa ketibaan serta jumlah penumpang di dalam bas melalui aplikasi penumpang.
Jadual bas juga boleh dipantau dan dioptimumkan," tambahnya.

"Bertukar kepada bas elektrik bagi perkhidmatan ulang-alik kampus adalah cara yang lebih mesra alam sekitar untuk melakukan perjalanan dalam masyarakat kami dan merupakan usaha universiti untuk mengurangkan jejak karbon dan melakukan pembangunan mampan di bawah Manifesto Kelestarian NTU," kata Naib Presiden Kanan Pentadbiran NTU, Tan Aik Na.

Bas ComfortDelGro menyasarkan untuk mengubah
20 peratus daripada bas privet yang ada
kepada bas elektrik menjelang 2025. Ia juga menyasarkan untuk menukar keseluruhan bas yang ada kepada bas elektrik menjelang 2030.

"Pertukaran khidmat bas kepada bas elektrik dan pendigitalan di NTU adalah salah satu cara kami mempercepatkan usaha kemampanan kami," kata Jackson Chia, Ketua Pegawai Eksekutif ComfortDelGro Taxi, serta kumpulan mobiliti privet syarikat itu.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita