Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ComfortDelGro lancarkan semula aplikasi guna nama baru

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro lancarkan semula aplikasi guna nama baru

Aplikasi tempahan ComfortDelGro (Gambar fail: ComfortDelGro)

SINGAPURA: Syarikat teksi ComfortDelGro akan melancarkan semula aplikasi mudah alih di bawah nama baru pada Rabu (20 April). Selain itu, ia juga memperkenalkan khidmat-khidmat baru dan memudahkan bagi pelanggan untuk mengakses perkhidmatan menerusi satu platform.

Aplikasi itu, yang dinamakan CDG Zig, menggabungkan aplikasi tempahan teksi ComfortDelGro dengan aplikasi gaya hidup Zig - yang sudah ditamatkan khidmatnya, menurut syarikat tersebut dalam kenyataan media hari ini (19 April).

Ia boleh dimuat turun menerusi aplikasi Apple App Store, the Google Play Store dan Huawei AppGallery.

"Ia akan menawarkan kepada para pengguna teksi ciri-ciri tempahan dan pilihan gaya hidup seperti tempahan restoran, serta perkhidmatan baru seperti pengecasan kenderaan elektrik (EV)," menurutnya.

"Dari masa ke masa, ia akan terus berkembang dengan penambahan lebih banyak khidmat ComfortDelGro daripada rangkaian perniagaannya, iaitu daripada penyewaan kereta hingga ke belajar memandu."

Pelancaran semula itu adalah sebahagian daripada "rancangan ComfortDelGro untuk menggabungkan dan memanfaatkan kekuatan terasnya dalam huraian-huraian pengangkutan darat", di samping memudahkan pelanggan mendapat akses kepada perkhidmatannya menggunakan satu platform, tambahnya.

Pengguna aplikasi teksi ComfortDelGro sedia ada tidak perlu mendaftar semula, hanya perlu mengemas kini aplikasi mereka, menurut syarikat itu.

Lokasi dan perjalanan kegemaran pelanggan sedia ada, pilihan pembayaran tanpa tunai dalam aplikasi, kod promosi dan ComfortPoints akan dialihkan secara automatik ke dalam aplikasi baru, manakala pengguna kali pertama akan diminta untuk mendaftarkan butiran mereka apabila mereka log masuk.

Pengguna kenderaan elektronik juga boleh menggunakan aplikasi itu untuk mencari lokasi pengecas EV terdekat yang dikendalikan oleh syarikat usaha sama ComfortDelGro Engie. Buat masa ini terdapat kira-kira 40 tempat mengecas yang disenaraikan dalam aplikasi itu, yang akan diluaskan kepada lebih 600 pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mobiliti Privet ComfortDelGro Jackson Chia berkata syarikat itu merancang untuk menambah lebih banyak perkhidmatan secara bertahap-tahap - seperti bas privet, sewa kereta, belajar memandu dan pengangkutan perubatan - ke dalam aplikasi tersebut.

"Tujuannya adalah untuk memasarkan rangkaian huraian pengangkutan kami yang luas untuk membawa kemudahan yang lebih besar kepada masyarakat yang berbeza," katanya.

Encik Chia menambah bahawa keputusan untuk menamatkan Zig dan menggabungkannya dengan aplikasi teksi itu untuk "memudahkan pelanggan kami mendapatkan segala-galanya hanya menerusi satu aplikasi".

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan