Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ComfortDelGro lancar program perintis robotaxi pertama di China

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro lancar program perintis robotaxi pertama di China

Pengarah urusan dan CEO kumpulan ComfortDelGro Cheng Siak Kian dengan robotaxi di Guangzhou. (Gambar: ComfortDelGro)

SINGAPURA: ComfortDelGro pada Isnin (17 Mac) melancarkan program perintis robotaxi di bandar Guangzhou di China.

Program selama dua tahun ini diperkenalkan oleh syarikat pengendali pengangkutan yang berpangkalan di Singapura dengan kerjasama Pony.ai, iaitu sebuah syarikat teknologi pemanduan autonomi yang sebelum ini memulakan kerjasama pemanduan autonomi di Korea Selatan, Luxembourg, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu.

Kedua-dua syarikat menandatangani perjanjian pada Julai lalu untuk meneroka operasi robotaxi komersil berskala besar.

"Program perintis ini menandakan langkah penting dalam pengerahan perkhidmatan robotaxi komersil bagi kedua-dua syarikat," menurut ComfortDelGro.

"Inisiatif perintis dua tahun ini akan membolehkan ComfortDelGro membangun dan memperhalusi keupayaan untuk operasi teknologi kenderaan autonomi dan pengurusan armada, dengan matlamat kerahan berskala besar di masa hadapan di China dan pasaran antarabangsa lain."

Satu "armada kecil" kereta Lexus RX450 akan digunakan pada mulanya sebelum model kenderaan lain diperkenalkan sepanjang program ini, syarikat itu memberitahu Mediacorp.

Kos program perintis robotaxi Guangzhou tidak didedahkan.

ComfortDelGro menambah bahawa program printis ini adalah sebahagian daripada strategi lebih luas untuk meneroka penyelesaian pengangkutan autonomi.

Pada tahun 2022, ia menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kenderaan Autonomi bernilai S$30 juta bagi membangunkan keupayaan dalam operasi kenderaan autonomi dan pengurusan armada.

Dalam satu kenyataan, pengarah urusan dan CEO kumpulan ComfortDelGro, Cheng Siak Kian berkata bahawa pembangunan teknologi kenderaan autonomi adalah kunci masa depan industri pengangkutan.

"Dengan kekurangan pemandu yang berterusan menjadi sebuah isu global, kami sedang meneroka huraian inovatif untuk memastikan mobiliti kekal mudah diakses dan cekap," katanya.

"Teknologi autonomi boleh menyokong tenaga kerja pemandu manusia dengan meningkatkan ketersediaan pemandu semasa waktu bukan puncak dan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan."

Menekankan cita-cita Pony.ai untuk berkembang secara global, ketua pegawai kewangannya Leo Wang berkata bahawa kerjasama dengan ComfortDelGro akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

"Untuk mencapai pengerahan berskala besar, kami memerlukan rakan kongsi yang kuat untuk menyokong pengembangan global kami," katanya.

"Saya kagum dengan kepakaran ComfortDelGro selama bertahun-tahun dalam pengurusan armada berskala besar dan percaya kedua-dua pihak akan belajar dengan cepat dan baik antara satu sama lain melalui kerjasama yang bermanfaat ini."
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan