ComfortDelGro diberi kelulusan uji kenderaan tanpa pemandu di Punggol
ComfortDelGro sudah mendapatkan kelulusan daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memulakan ujian di jalan raya awam bagi kenderaan tanpa pemandunya (AV) di kawasan Punggol, menurut pengendali pengangkutan itu pada Khamis (11 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
- ComfortDelGro sudah mendapatkan kelulusan daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memulakan ujian di jalan raya awam bagi kenderaan tanpa pemandunya (AV) di kawasan Punggol, menurut pengendali pengangkutan itu pada Khamis (11 Dis).
- Syarikat itu menjangkakan akan menjalankan ujian bagi lima AV dengan lima tempat duduk pada awal 2026.
- LTA mengumumkan pada September lalu bahawa khidmat ulang-alik tanpa pemandu pertama di Punggol akan dibuka kepada orang awam menjelang suku kedua 2026.
- Grab akan mengendalikan dua laluan menggunakan AV yang dibangunkan oleh syarikat WeRide, manakala ComfortDelGro akan mengendalikan satu laluan menggunakan kenderaan oleh syarikat AV, Pony.ai.
SINGAPURA: ComfortDelGro sudah mendapatkan kelulusan daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memulakan ujian di jalan raya awam bagi kenderaan tanpa pemandunya (AV) di kawasan Punggol, menurut pengendali pengangkutan itu pada Khamis (11 Dis).
Syarikat itu menjangkakan akan menjalankan ujian bagi lima AV dengan lima tempat duduk pada awal 2026.
Kelulusan itu diberikan selepas kumpulan pertama AV berkenaan berjaya menyelesaikan ujian Milestone 1 oleh Centre of Testing & Research of Autonomous Vehicles (CETRAN).
Pengendali pengangkutan itu menyasarkan untuk khidmat pengangkutan ulang-alik AV pada 2026 melalui aplikasi CDG Zig, di bawah pilihan "Zig Driverless" atau "Zip Tanpa Pemandu".
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ComfortDelGro, Cheng Siak Kian berkata: “Kejayaan dalam menyelesaikan penilaian CETRAN Milestone 1 menggariskan komitmen kami terhadap inovasi, keselamatan dan kecemerlangan operasi.
“Pencapaian ini memenuhi piawaian ketat bagi sistem kenderaan tanpa pemandu, sekali gus membolehkan kami untuk memperkenalkan sistem pengangkutan bijak di Singapura secara bertanggungjawab.”
LTA mengumumkan pada September lalu bahawa khidmat ulang-alik tanpa pemandu pertama di Punggol akan dibuka kepada orang awam menjelang suku kedua 2026.
Grab akan mengendalikan dua laluan menggunakan AV yang dibangunkan oleh syarikat WeRide, manakala ComfortDelGro akan mengendalikan satu laluan menggunakan kenderaan oleh syarikat AV, Pony.ai.
Laluan pertama yang dikendalikan oleh Grab akan menghubungkan para penduduk dari Matilda Court dan Punggol Clover ke poliklinik di Oasis Terraces menerusi Punggol Plaza.
Khidmat itu akan mula beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat, dan tiada tempahan awal perlu dibuat,
Laluan ComfortDelGro pula akan menghubungkan para penduduk di Punggol Northshore ke Oasis Terraces dan Punggol Plaza.
Mereka yang tinggal di Waterway Sunrise juga boleh ke One Punggol dan Punggol Coast Mall.
Grab akan mengendalikan laluan terakhir, yang akan menghubungkan Matilda Court, Punggol Clover dan Punggol Northshore ke One Punggol dan Punggol Coast Mall.
Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow berkata pada September lalu bahawa ujian AV akan dijalankan di Tengah selepas ujian di Punggol memberikan “keyakinan” kepada pihak berkuasa.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.