ComfortDelGro akan kenakan bayaran tambahan bagi tempahan dibuat melalui aplikasi sedang harga minyak naik
ComfortDelGro akan mengenakan "yuran pemandu" sementara bagi tempahan yang dibuat melalui aplikasi CDG Zig sedang harga minyak terus meningkat, menurutnya pada Selasa (17 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
Logo ComfortDelGro. (Gambar fail: ComfortDelGro)
SINGAPURA: ComfortDelGro akan mengenakan "yuran pemandu" sementara bagi tempahan yang dibuat melalui aplikasi CDG Zig sedang harga minyak terus meningkat, menurutnya pada Selasa (17 Mac).
Langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung para pemandu disebabkan oleh harga minyak yang meningkat, tambahnya.
Dalam satu kenyataan, pengendali teksi terbesar Singapura menyatakan yuran pemandu itu adalah S$0.50 bagi tambang bawah S$15 dan S$0.80 bagi tambang S$15 dan ke atas.
Kenaikan sementara sebanyak S$0.01 terhadap kadar masa jarak bagi setiap perjalanan bermeter juga akan diperkenalkan.
"Kesemua bayaran itu akan disalurkan secara langsung kepada para pemandu kami," kata Encik Michael Huang, ketua perniagaan mobiliti dari satu tempat ke satu tempat ComfortDelGro Singapura.
Sebelum ini pada Mac, ComfortDelGro menyatakan ia akan menyerap sebahagian daripada kos kenaikan minyak di pam-pam minyak bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap para pemandu.
Program insentif kredit bahan api teksi turut diperkenalkan pada Ahad (15 Mac) untuk menghulurkan lebih banyak sokongan kepada para pemandu.
Kenaikan yuran pemandu dan tambang meter akan berkuat kuasa mulai 24 Mac hingga 31 Mei.
Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan terus komited untuk memastikan kestabilan operasi untuk rakan kongsi kami dalam tempoh yang tidak menentu ini," menurut syarikat teksi itu.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) Teo Siew Pan berkata: "Kenaikan harga bahan api berikutan konflik antarabangsa yang berterusan menyebabkan tekanan kepada pemandu teksi kami.
"Yuran pemandu, kenaikan tambang bermeter, dan penyerapan separa kos bahan api Zig oleh ComfortDelGro di pam mereka akan memberi pemandu lebih banyak sokongan langsung bagi setiap perjalanan yang mereka lakukan.
"Kami harap ini membantu mereka mengekalkan mata pencarian semasa tempoh ini."
Menurut pasaran kereta online Motorist Singapore, harga pam petrol 95-Octane di Singapura pada Selasa (16 Mac) adalah antara S$3.39 hingga S$3.47 bagi setiap liter.
Ia berharga S$2.87 hingga S$2.88 bagi setiap liter pada 23 Februari lalu, sebelum bermula perang di Timur Tengah.
Begitu juga harga diesel yang turut meningkat sepanjang tempoh yang sama - dari S$2.57 hingga S$2.66 bagi setiap liter, kepada S$3.40 hingga S$3.56 bagi setiap liter.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.