Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COE kereta lebih kecil naik lagi selepas catat harga rekod dalam enam tahun

Anggaran Waktu Membaca:
COE kereta lebih kecil naik lagi selepas catat harga rekod dalam enam tahun

Gambar fail kereta-kereta di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta lebih kecil naik lagi dalam terbaru pada Rabu (22 Dis), selepas mencatat harga rekod pada bidaan yang lalu. 

Bagi kereta dalam Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan 97kW, harga COE naik 3.14 peratus kepada S$58,801. Jumlah itu berbanding S$57,010 dalam bidaan lalu yang merupakan premium tertinggi dicatat sejak November 2015.

COE bagi kategori lain ditutup becampur-campur.
 
Bagi kereta lebih besar, lebih 1,600cc dan 97kW, harga COE naik kepada S$80,989, berbanding S$80,401. 

Sementara itu, harga COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot sebanyak 2.22 peratus kepada S$44,000. 

Harga COE bagi motosikal pula,  meningkat kepada S$9,601 daripada S$9,401 dalam bidaan sebelum ini. 

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, merosot sebanyak 1.31 peratus kepada S$83,889. 

Sebanyak 2,522 bidaan diterima dengan kuota COE 1,822 ditawarkan.

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan