COE kereta lebih besar jangkaui S$100,000 dua bidaan berturut-turut
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi Kategori B dan Kategori Terbuka kekal melebihi S$100,000 untuk bidaan kedua berturut-turut pada Rabu (22 Jun).
Premium COE bagi kereta lebih besar dalam Kategori B meningkat kepada S$106,001 berbanding S$100,684 dalam bidaan lalu.
Bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, COE meningkat kepada S$104,400 daripada S$100,697.
Harga COE bagi Kategori A, atau kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp, ia ditutup pada S$74,989, naik sedikit berbanding S$73,801 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada harga S$10,302 berbanding S$10,000 dalam bidaan sebelum ini.
COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, naik kepada S$53,011 daripada S$53,002 dalam bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 2,889 bidaan diterima dengan sebanyak 2,012 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.