Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COE Kategori A jangkaui S$100,000: Lebih banyak model berjenama kini dalam kategori kereta kecil

Anggaran Waktu Membaca:
COE Kategori A jangkaui S$100,000: Lebih banyak model berjenama kini dalam kategori kereta kecil

Gambar fail kereta-kereta di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Meskipun pada mulanya disediakan bagi kereta lebih kecil dan pasaran umum, Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Kategori A kini memikat pembeli kereta premium, menurut para pemerhati industri.

Harga COE kini mencatat rekod baru pada Rabu (19 Apr), dengan harga Kategori A menjangkaui S$100,000, pada S$103,721.

Kategori A adalah bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp dan kenderaan elektrik dengan kuasa sehingga 110 kilowatt.

Dua lagi kategori juga mencecah paras tertinggi: Premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa bagi Kategori B meningkat kepada S$120,889; dan COE Kategori Terbuka atau Kategori E - yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta besar - naik kepada S$124,501.

Ini adalah tender ketiga berturut-turut di mana harga bagi Kategori A dan B mencipta rekod baru.

KERETA PREMIUM MILIKI 'KEHADIRAN LEBIH BESAR' DALAM KATEGORI A

Meskipun COE Kategori A sebenarnya bagi kereta untuk pasaran umum, ia diperkenalkan dalam era di mana jumlah kecil kenderaan mempunyai enjin besar.

Tetapi selepas selama beberapa dekad, pembuat kereta premium juga melengkapkan kereta berkenaan dengan enjin lebih kecil, kata ahli ekonomi Walter Theseira, profesor madya di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

"Oleh itu, perbezaannya tidak lagi terlalu ketara, dengan banyak kereta premium mempunyai kehadiran lebih besar dalam pasaran Kategori A," kata beliau.

"Maka itu, pembelinya juga bersedia membayar harga tinggi bagi COE sebagai mana bagi pasaran Kategori B atau E."

Encik Arthur Wong, pengarah syarikat jual kereta ACM Automobiles berkata penjualan kereta peringkat pertengahan yang berharga kurang S$200,000 adalah lebih baik, memandangkan kenaikan harga bagi kereta lebih mahal "terlalu tinggi".

"Ramai yang kian berminat dalam Kategori A dan banyak pembuat kereta mengurangkan kuasa kuda (kereta) kepada bawah 130bhp bagi memenuhi kategori itu," jelasnya.

Encik Raymond Tang, penganalisis pasaran dari Yong Lee Seng Motor berkata terdapat lebih banyak pesanan bagi BMW X1, jenama premium yang jatuh di bawah Kategori A.

Menurut para penjual kereta, sebab di sebalik kenaikan mendadak premium COE baru-baru ini adalah bekalan COE yang terendah dalam 10 tahun, dengan penurunan bagi kuota kereta baru yang dijangka berlaku dalam suku seterusnya.

Bekalan rendah adalah isu struktur yang berlaku setiap 10 tahun sedang bekalan kereta baru bergantung kepada jumlah pemilik kereta yang tidak lagi berdaftar, yang agak rendah 10 tahun lalu, kata Encik Tang.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan