COE ditutup lebih tinggi; premium Kategori A melonjak kepada S$128,500
Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan-kenderaan di Singapura. (Gambar fail: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaharu pada Rabu (19 Ogos).
Bagi COE Kategori A, iaitu kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc ke bawah serta kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, harganya meningkat buat kali pertama dalam tiga pusingan bidaan.
Harga COE bagi kategori itu ditutup pada S$128,501, meningkat 3.7 peratus daripada S$123,890 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B pula meningkat 0.8 peratus kepada S$131,001 daripada S$129,910 sebelum ini.
Harga COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan barangan dan bas, turun 1.7 peratus kepada S$90,002 daripada S$91,545 dalam bidaan sebelumnya.
Premium COE motosikal pula ditutup 7.6 peratus lebih tinggi pada S$11,301, berbanding S$10,503 sebelum ini.
Harga COE Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, meningkat bagi pusingan kelima berturut-turut sebanyak 3 peratus, daripada S$131,000 kepada S$135,000.
Sebanyak 4,515 bidaan diterima bagi kuota 3,205 COE yang tersedia.
Kuota COE bagi tempoh Ogos hingga Oktober dinaikkan sedikit kepada 19,085, meningkat 0.2 peratus daripada 19,052 COE pada suku sebelumnya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.