COE ditutup lebih rendah bagi semua kategori
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan pertama tahun ini pada Khamis (5 Jan).
Bagi kereta dalam Kategori A, iaitu sehingga 1,600cc dan lebih rendah dengan kuasa kuda tidak melebihi 1,300bhp, ditutup pada harga S$80,000, lebih rendah berbanding S$88,007 yang dicatatkan pada bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B merosot kepada S$102,002 daripada S$108,006 yang dicatatkan dalam bidaan lalu pada 21 Dis.
Harga COE bagi kenderaan dalam Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar merosot kepada S$107,889 daripada S$109,600.
Harga COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, menyusut kepada S$77,301 daripada S$78,200 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada S$10,890, merosot daripada S$11,690 yang dicatatkan pada bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 2,282 bidaan diterima, dengan 1,533 kuota COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.