Skip to main content

Singapura

COE ditutup lebih rendah bagi banyak kategori dalam bidaan terkini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kebanyakan kategori ditutup lebih rendah pada Khamis (4 Mei), iaitu bidaan pertama di bawah kuota baru bagi suku ini.

Bagi kereta dalam Kategori A, iaitu sehingga 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, bidaan ditutup pada S$101,001, merosot daripada S$103,721 yang dicatatkan dalam bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B turun kepada S$119,399 daripada S$120,889.

COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, juga turun sedikit kepada S$124,002 daripada S$124,501 dalam bidaan lalu.

COE bagi Kategori Komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$75,589 daripada S$75,334 dalam bidaan sebelumnya.

Premium motosikal ditutup pada S$5,002, menjunam lebih 50 peratus daripada S$12,179 dalam bidaan lalu.

Secara keseluruhannya, 2,226 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 1,621 diperuntukkan.

Kuota COE bagi tempoh antara Mei hingga Julai adalah 9,575, naik 1.5 peratus secara keseluruhannya berbanding suku lalu.

Ia juga merupakan bidaan pertama melibatkan langkah baru bagi motosikal di mana pembida dikehendaki meletakkan deposit bidaan lebih tinggi sebanyak S$1,500, naik daripada S$800 sebelum ini.

Tempoh sah bagi COE sementara motosikal juga dikurangkan daripada tiga bulan kepada sebulan.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita