Skip to main content

Singapura

COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2022 04:46PM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 09:05PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Rabu (3 Ogos). 

Bagi kereta dalam Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$80,000, naik berbanding S$78,899 dalam bidaan lalu. 

Harga COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B merosot kepada S$107,001 daripada S$110,003. 

Sementara itu, harga COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$56,089 daripada S$54,889 dalam bidaan lalu. 

Premium motosikal pula ditutup pada S$11,000, naik sedikit daripada S$10,910 dalam bidaan lalu. 

Premium bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot kepada S$113,000 daripada S$114,001. 

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,458 bidaan diterima dengan sebanyak 1,863 COE diperuntukkan. 

Ini merupakan latihan bidaan pertama di bawah kaedah mengira kuota COE yang dikemas kini, bertujuan untuk mengurangkan keadaan tidak menentu dalam bekalan COE. 

Mulai Ogos, peruntukan bekalan akan berdasarkan purata bergerak bagi kenderaan yang sudah tidak berdaftar sejak dua suku lalu berbanding satu suku. 

Di bawah kaedah yang disesuaikan ini, kuota bagi suku ini adalah 11.5 peratus, lebih rendah berbanding 11,951 COE yang diperuntukkan bagi bidaan antara Mei hingga Julai. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita