Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COE cecah rekod tertinggi kali kedua berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2023 05:04PM Dikemas Kini : 05 Apr 2023 08:43PM
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi secara keseluruhan dalam bidaan terkini pada Rabu (5 Apr).

Harga Kategori A dan B sekali lagi memecahkan rekod.

Bagi kereta dalam Kategori A, atau kereta 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$96,501, naik dari S$93,503 dalam bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam kategori B juga melonjak tinggi pada S$118,501 daripada harga sebelum ini, iaitu S$116,201 pada 22 Mac.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar juga naik daripada S$116,020 kepada paras tertinggi sebanyak S$118,990.

Jumlah itu mengatasi rekod lalu iaitu S$118,001 yang ditetapkan pada 22 Februari 2023.

COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, jatuh kepada S$76,801 daripada S$85,389 dalam bidaan lalu.

Premium bagi motosikal ditutup pada S$12,001, tidak berubah daripada bidaan lalu.

Secara keseluruhan, 2,199 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 1,592 COE diperuntukkan.

Pada Feburari, struktur baru yuran pendaftaran tambahan (ARF) dan had ARF pilihan mula berkuat kuasa, menyebakan para pemilik kereta mewah membayar harga lebih tinggi bagi kenderaan mereka.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan