COE bagi kereta terus pecah rekod; Kategori A melebihi S$100,000
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kebanyakan kategori ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (19 Apr), dengan harga Kategori A dan B mencecah rekod baru buat kali ketiga berturut-turut.
Bagi kereta dalam Kategori A, iaitu sehingga 1,600cc dan mempunyai kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, bidaan ditutup pada S$103,721, naik daripada S$96,501 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B naik kepada S$120,889 daripada S$118,501.
COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar, meningkat kepada S$124,501, sekali gus memecah rekod sebelumnya, iaitu S$118,990.
COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot kepada S$75,334 daripada S$76,801 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada S$12,179, naik daripada S$12,001 dalam bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, 2,181 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 1,590 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.