CNB rampas dadah bernilai S$692,000 termasuk 4.5kg ganja dan 968 gram Ice
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNB)
SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 4 Jun melancarkan operasi yang berjaya merampas sejumlah besar dadah termasuk 4.5 kilogram ganja dan 968 gram 'Ice'.
Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai S$692,000 dan dipercayai cukup untuk melepaskan ketagihan 1,200 penyalah guna dadah selama seminggu.
Dalam operasi yang dijalankan pada lewat malam 4 Jun, para pegawai CNB memintas sebuah kereta di tempat letak kereta di Choa Chu Kang Street 51. Pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 38 tahun dan penumpangnya, seorang lelaki berumur 27 tahun, diberkas.
Kedua-dua lelaki itu adalah rakyat Singapura.
4.5 kilogram ganja, 968 gram 'Ice', 63 gram ketamin, 1,180 pil Erimin-5, 1,170 gram Ecstasy dan 181 lembar LSD ditemui di dalam kereta itu.
Kedua-dua lelaki itu dibawa ke kawasan lain di mana 50 pil Erimin-5 ditemui.
Dua pegawai CNB mengalami kecederaan di lengan semasa cuba menahan para suspek
yang enggan mematuhi arahan dan sebaliknya bertindak ganas.
Siasatan terhadap kegiatan melibatkan kedua-dua suspek sedang dijalankan.
Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengedar lebih daripada 250 gram methamphetamine atau 500 gram ganja boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.