Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB, Politeknik S'pura gesa orang ramai berwaspada terhadap emel peraduan palsu

Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Politeknik Singapura (SP) pada Khamis (3 Feb) memberi amaran bahawa mereka tidak menganjurkan sebarang peraduan gambar anti-penyalahgunaan dadah setelah sesetengah individu mendakwa mereka menerima kiriman emel berhubung peraduan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Politeknik Singapura (SP) pada Khamis (3 Feb) memberi amaran bahawa mereka tidak menganjurkan sebarang peraduan gambar anti-penyalahgunaan dadah setelah sesetengah individu mendakwa mereka menerima kiriman emel berhubung peraduan tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, CNB dan SP menekankan bahawa emel tersebut bukan daripada kedua-dua pihak, "mahupun dihantar bagi pihak mereka".

"Orang ramai dinasihatkan supaya jangan menjawab atau menekan sebarang pautan dalam emel sedemikian, mahupun membalasnya menggunakan alamat emel yang tertera dalam emel-emel tersebut," menurut CNB dan SP.

Menurut CNB, akaun-akaun media sosial rasminya dipaparkan di facebook.com/CNB.DrugFreeSG di Facebook dan @cnbdrugfreesg di Instagram.

CNB menambah bahawa laman rasminya adalah https://www.cnb.gov.sg dan ia juga menegaskan bahawa para pegawainya akan menghantar emel daripada alamat emel yang berakhir dengan “@cnb.gov.sg”.

SP juga menegaskan bahawa akaun-akaun media sosial rasminya adalah facebook.com/singaporepolytechnic untuk Facebook, @singaporepoly untuk Instagram dan TikTok dan laman rasminya adalah https://www.sp.edu.sg.

"Alamat emel SP juga berakhir dengan ‘@sp.edu.sg’”, menurut institusi tersebut.

"Orang awam dinasihatkan supaya mengesahkan sumber-sumber rasmi yang tertera di atas sebelum berinteraksi atau memberikan respons kepada sebarang bentuk komunikasi yang mendakwa ia adalah dari CNB atau SP," menurut CNB dan SP.

"Terima kasih atas sokongan berterusan anda bagi kempen #DrugFreeSG dan pastikan anda terus berwaspada terhadap penipuan memancing data yang melibatkan kiriman emel dan pesanan teks."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan