CNB guna kit ujian air liur buat pertama kali dalam serbuan antidadah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNB)
SINGAPURA: Kit-kit ujian air liur digunakan buat pertama kalinya sebagai sebahagian daripada serbuan antidadah Biro Narkotik Pusat (CNB) di pusat-pusat hiburan malam di Singapura pada hujung minggu lalu.
Operasi penguatkuasaan di dua pusat hiburan - kelab KTV di Orchard Road dan kelab malam berhampiran Jalan Sultan - pada Jumaat lalu hingga Sabtu (31 Mac hingga 1 Apr) adalah serbuan dadah terbesar yang diterajui CNB di pusat-pusat hiburan malam sejak pandemik COVID-19 melanda.
Dalam kalangan hampir 240 individu yang diperiksa di dua lokasi, sebilangannya diuji dengan kit ujian air liur kerana disyaki mengambil dadah.
Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 43 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah, manakala seorang lelaki berusia 31 tahun ditangkap kerana disyaki menjadi anggota kumpulan kongsi gelap.
Operasi yang melibatkan para pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu bertujuan mencegah kegiatan haram seperti kesalahan dadah, jenayah dan pelanggaran keselamatan kebakaran.
KIT BARU UJIAN AIR LIUR
CNB pertama kali memperkenalkan kit ujian air liur pada bulan Januari di pusat-pusat pemeriksaan sempadan Singapura dan operasi sekatan jalan raya bagi mengesan pengguna dadah.
Sekarang, kit itu juga digunakan bagi operasi penguatkuasaan di pusat-pusat hiburan malam bagi mengesan dengan lebih mudah dadah haram yang lazim serta mengenal pasti para pesalah guna.
"Pengenalan kit ujian air liur ke dalam peralatan yang digunakan CNB membantu meningkatkan keupayaan ujiannya semasa operasi antidadah," kata Superintenden Lim Sze Yuk.
"Kit ujian itu mudah dibawa dan mudah digunakan, dan sudah membantu para pegawai membuat penilaian lebih pantas semasa operasi, sekali gus membolehkan kami meningkatkan kadar ujian."
Kit-kit itu, yang juga ringan dan padat, lebih berkesan berbanding kaedah lain seperti ujian rambut atau air kencing. Ujian air liur boleh dilakukan hampir di mana-mana sahaja.
Semasa serbuan pada Jumaat (31 Mac), para suspek dibawa ke sebuah bilik di pusat hiburan malam bagi ujian itu dan para pegawai berhasil mendapatkan keputusannya dalam masa 10 minit.
Ia hanya memerlukan calitan atau 'swab' pada lidah dan pipi. Alat elektronik mudah alih juga digunakan dengan kit itu untuk mendapatkan keputusannya dengan segera.
Jika seseorang itu diuji positif bagi pengambilan dadah, dua jalur merah akan timbul.
Mereka yang didapati positif akan menjalani siasatan lanjut, dengan para pegawai menggiring suspek ke ibu pejabat CNB bagi mendapatkan pengesahan bagi ujian air kencing.
Kit-kit itu boleh mengesan pelbagai jenis dadah seperti kokain, methamphetamine dan ganja.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.