Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB dapat pengarah baru pada 6 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
CNB dapat pengarah baru pada 6 Nov

Encik Tee Chong Fui Sam (kanan) bakal menggantikan Encik Ng Ser Song (kiri), 60 tahun, yang menyandang jawatan Pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB) sejak 2012. (Gambar: CNB & SPF)

SINGAPURA: Pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB) akan bersara pada November setelah bertugas di perkhidmatan awam selama 35 tahun yang menyaksikan rampasan rekod jumlah dadah di Singapura. 

Demikian menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Selasa (12 Jul). 

Sepanjang kerjayanya itu itu Encik Ng Ser Song, 60 tahun, juga berjaya meningkatkan profil antarabangsa biro tersebut.

Encik Ng, yang menyandang jawatan sebagai pengarah CNB sejak Feb 2012, akan bersara pada 6 Nov. 

Beliau akan digantikan oleh Pengarah Kanan bagi Pasukan Operasi Bersama di MHA, Encik Tee Chong Fui Sam, pada hari yang sama. 

Sebelum itu, Encik Tee akan dilantik sebagai Pengarah CNB (Pengganti) pada 15 Ogos. 

Encik Ng memulakan kerjayanya dalam  perkhidmatan awam bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 1987 dan pernah menyandang beberapa jawatan penting, menurut MHA. 

"Encik Ng merupakan penyokong kuat pendirian Singapura yang tidak bertolak ansur terhadap dadah dan strategi-strategi pencegahan yang ditetapkan. 

"Waktunya di CNB menyaksikan beberapa hasil operasi yang mengagumkan, termasuk kejayaan operasi bersama dengan rakan antarabangsa ke atas sindiket berpangkalan di luar negara  yang membekalkan dadah ke Singapura," tambah MHA.

Lebih 20 sindiket dadah dileburkan setiap tahun dengan jumlah rekod dadah yang dirampas dalam beberapa operasi, menurut MHA. 

Pada April tahun lalu, CNB merampas dadah bernilai lebih S$2.3 juta, termasuk 23 kilogram ganja dan sekitar 16 kilogram heroin. 

Jumlah ganja yang dirampas itu juga merupakan yang terbesar bagi CNB sejak 1996. 

Sebagai pengarah CNB, Encik Ng melaksanakan skim penyeliaan dadah berbeza-beza menggunakan analitik perniagaan untuk mengenal pasti program intervensi yang sesuai berdasarkan penilaian risiko penyalahguna, menurut MHA. 

Beliau juga memperkenalkan Portal Pendidikan Pencegahan Dadah ASEAN pada 2018 untuk membolehkan negara-negara ASEAN mempelajari dari satu sama lain agar dapat memperhebatkan usaha pencegahan dadah mereka, menurut MHA. 

Mengenai Encik Tee, MHA menyatakan beliau sudah berkhidmat selama 27 tahun bersama Home Team dan dilantik sebagai pengarah kanan bagi pasukan operasi bersama pada 18 Jun 2018. 


"Sepanjang khidmatnya di MHA, Encik Tee dan pasukan beliau memperkukuhkan daya bingkas dan persiapan Singapura bagi kecemasan keselamatan, seperti keadaan kecemasan sivil, pengganasan, darurat kebangsaan serta ancaman hibrid," menurut MHA. 

Encik Tee, 52 tahun, turut menerajui pasukannya untuk membangunkan rangka kerja dan memperkenalkan undang-undang untuk menangani campur tangan asing dalam ehwal politik dalam negeri Singapura, terutama sekali menerusi Kempen Maklumat Berniat Jahat (HIC). 

Beliau juga menggesa bagi gaji progresif dan keadaan bekerja yang lebih baik untuk pegawai keselamatan dan memainkan peranan penting dalam pindaan terhadap Akta Industri Keselamatan Privet tahun lepas, tambah MHA. 

"Pindaan tersebut memberi lebih perlindungan kepada pegawai keselamatan terhadap penganiayaan semasa menjalankan tugas mereka." 

Dalam pengumumannya pada Selasa (12 Jul), MHA menyatakan: "Kami mengucapkan terima kasih kepada Encik Ng kerana sudah berkhidmat selama beberapa dekad. Kami turut berbesar hati beliau akan terus menyumbang kepada Pasukan Home Team sebagai penasihat kanan selepas persaraannya." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan