CNB berkas 4 suspek semuda 19 tahun dalam serbuan tempat hiburan malam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Biro Narkotik Pusat)
SINGAPURA: Tiga lelaki dan seorang wanita warga Singapura diberkas dalam operasi antidadah selama empat hari, di lima kawasan hiburan malam di Joo Chiat, Marina Bay dan Bugis.
Dalam satu kenyataan media pada Ahad (10 Sep), Biro Narkotik Pusat (CNB) menyatakan bahawa seorang remaja lelaki 19 tahun merupakan suspek paling muda daripada empat suspek lain.
Serbuan yang berlangsung dari Khamis (7 Sep) hingga Ahad turut melibatkan para pegawai polis. Bahan-bahan yang dirampas termasuk dadah Ice, ketamin dan Ecstasy.
Superintendan CNB Lim Sze Yuk berkata tindakan para pegawai agensi antidadah itu diperlukan "supaya orang awam boleh rasa selamat ketika menikmati aktiviti hiburan pada waktu malam tanpa rasa risau terganggu oleh individu atau pemandu lain di bawah pengaruh dadah".
Pada Khamis malam, kira-kira 20 orang diperiksa di tempat hiburan malam di kawasan Joo Chiat.
Seorang wanita warga asing 29 tahun, yang dilihat oleh pegawai CNB cuba untuk keluar dari tempat itu, ditangkap di sebuah tempat meletak kereta berdekatan bersama 1 gram ketamin.
Pada malam yang sama, seorang lelaki warga Singapura 26 tahun diberkas di kawasan Dunman Road. Kira-kira 3 gram dadah Ice, 46 gram dadah Ecstasy, 90 gram ketamine dan 60 gram serbuk dipercayai mengandungi dadah terlarang dirampas dari kereta yang dinaikinya, dedah CNB.
Seorang lelaki warga Singapura 53 tahun juga diberkas di kawasan Petain Road bersama 7 gram ketamine miliknya.
Pada Sabtu (9 Sep) dan Ahad (10 Sep), kira-kira 90 individu diperiksa di tempat hiburan malam di kawasan Marina Bay dan Bugis.
Ia adalah satu kesalahan bagi seseorang untuk merancang perjumpaan bagi aktiviti menyalah guna dadah. Ia juga adalah satu kesalahan bagi pemilik premis, penyewa atau penghuni untuk membenarkan premis itu digunakan bagi penggunaan atau pengedaran dadah, tambah agensi itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.