CNB berkas 142 orang dalam operasi antidadah seluruh negara
Seramai 142 orang yang disyaki pesalah dadah diberkas dalam operasi antidadah seluruh negara yang berlangsung selama 11 hari sehingga Jumaat (3 Ogos).

Seorang suspek yang diberkas dalam operasi yang dijalankan. (Gambar: CNB)
SINGAPURA: Seramai 142 orang yang disyaki pesalah dadah diberkas dalam operasi antidadah seluruh negara yang berlangsung selama 11 hari sehingga Jumaat (3 Ogos).
Operasi dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) di kawasan-kawasan seperti Ang Mo Kio, Bukit Merah, Geylang Bahru, Jurong, Sembawang, Toa Payoh, Woodlands dan Yishun.
CNB menyatakan bahawa ia merampas sekitar 118 gram Ice, 89 gram heroin, 295 gram Bahan Psikoaktif Baru, 14 pil Ecstasy, 10 pil Erimin-5 dan sejumlah kecil ganja.
Dalam salah satu serbuan pada 25 Julai, seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah, diberkas di sebuah unit Sembawang Drive.
Dua lagi yang disyaki penyalahguna dadah - seorang wanita 50 tahun dan lelaki berusia 62 tahun turut diberkas di unit berkenaan, menurut CNB. Pihak berkuasa merampas sekitar 36 gram Ice, 10 gram heroin dan 12 pil Ecstasy.
Siasatan terhadap kesemua suspek masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.