CNA sumber berita online paling banyak digunakan di SG: Laporan Institut Reuters
Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi CNA dipaparkan pada telefon bijak. (Gambar: CNA/Iskandar Rossali)
- CNA, rangkaian berita Mediacorp, adalah sumber berita online yang paling banyak digunakan di Singapura, dengan lamannya mencapai jangkauan mingguan sebanyak 47 peratus, menurut Laporan Berita Digital 2025 oleh Institut Reuters, yang diterbitkan pada Selasa (17 Jun).
- Laporan yang sama juga menamakan CNA sebagai jenama berita kedua paling dipercayai di Singapura, dengan markah kepercayaan jenama sebanyak 74 peratus.
- ST, yang dimiliki oleh SPH Media Trust, merupakan sumber berita paling dipercayai tahun ini, memperoleh markah sebanyak 75 peratus.
- Laporan tersebut menyatakan bahawa media online dan media sosial kekal sebagai cara paling biasa untuk mendapatkan berita di Singapura, manakala penggunaan televisyen dan bahan cetakan merosot dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
SINGAPURA: CNA, rangkaian berita Mediacorp, adalah sumber berita online yang paling banyak digunakan di Singapura, dengan lamannya mencapai jangkauan mingguan sebanyak 47 peratus, menurut Laporan Berita Digital 2025 oleh Institut Reuters, yang diterbitkan pada Selasa (17 Jun).
Laporan yang sama juga menamakan CNA sebagai jenama berita kedua paling dipercayai di Singapura, dengan markah kepercayaan jenama sebanyak 74 peratus.
The Straits Times, yang dimiliki oleh SPH Media Trust, merupakan sumber berita paling dipercayai tahun ini, memperoleh markah sebanyak 75 peratus.
Saluran 5, yang menyiarkan News Tonight – buletin berita harian di saluran percuma Mediacorp dalam bahasa Inggeris – menduduki tempat ketiga dengan 73 peratus.
Saluran 8, juga saluran percuma Mediacorp dengan buletin berita televisyen harian, berada di tempat keempat dengan 70 peratus.
Secara keseluruhan, tahap kepercayaan terhadap berita di Singapura kekal stabil pada kadar 45 peratus.
“Sebahagian besar jenama berita arus perdana telah mengekalkan atau meningkatkan markah kepercayaan tahun ini, manakala saluran alternatif dan bebas masih berada di kedudukan lebih rendah, sebahagiannya disebabkan rekod prestasi yang terhad serta penekanan terhadap berita tular,” menurut laporan tersebut.
Dari segi jangkauan online, Mothership berada di tempat kedua di belakang laman CNA, dengan kadar penggunaan mingguan sebanyak 46 peratus.
Laman The Straits Times berada di tempat ketiga dengan 41 peratus.
Laporan tersebut menyatakan bahawa media online dan media sosial kekal sebagai cara paling biasa untuk mendapatkan berita di Singapura, manakala penggunaan televisyen dan bahan cetakan merosot dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Kebanyakan peserta tinjauan tidak membayar untuk mendapatkan berita, tambah laporan itu.
Mediacorp menyatakan bahawa ia berbesar hati atas kepercayaan berterusan yang diberikan oleh penonton kepada jenama berita mereka, seperti yang ditunjukkan dalam laporan tersebut.
“Pencapaian cemerlang – dengan tiga daripada empat jenama Mediacorp memperoleh lebih daripada 70 peratus markah kepercayaan, dan CNA menjadi sumber berita online paling banyak digunakan di Singapura – menyerlahkan komitmen teguh pasukan kami dalam menegakkan standard kewartawanan tertinggi, serta mengukuhkan lagi kepimpinan kami dalam ruang berita digital,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mediacorp, Tham Loke Kheng.
“Sedang lanskap media terus berkembang, kami memberi tumpuan kepada inovasi kandungan yang relevan dengan penonton masa kini, sambil kekal setia dengan matlamat kami untuk menjadi sumber berita paling dipercayai dan relevan untuk semua rakyat Singapura.”
Tahun ini, seramai 2,014 orang di Singapura ditemu bual sebagai sebahagian daripada laporan tahunan yang ditugaskan oleh Institut Reuters untuk Kajian Kewartawanan, bagi memahami bagaimana berita diterima di pelbagai negara.
Institut Reuters untuk Kajian Kewartawanan ialah sebuah pusat penyelidikan di Universiti Oxford yang menjejak trend media.
Sampel dikumpulkan menggunakan kuota kebangsaan berdasarkan umur, jantina, dan wilayah di setiap pasaran.
Kuota pendidikan dan politik turut digunakan di sebilangan negara.
Penyelidikan itu dijalankan oleh YouGov dari pertengahan Januari hingga akhir Februari tahun ini.
Laporan tahun lalu menamakan CNA sebagai jenama berita paling dipercayai di Singapura untuk tahun keenam berturut-turut, manakala laman CNA berkongsi kedudukan pertama dalam jangkauan berita online mingguan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.