CNA sambut ulang tahun ke-20 sebagai nadi berita terkini
Saluran berita Mediacorp, Channel NewsAsia, meraikan detik bersejarahnya, mencapai usia 20 tahun dengan mengadakan majlis jamuan malam hari ini (29 Mac).
SINGAPURA: Saluran berita Mediacorp, Channel NewsAsia, meraikan detik bersejarahnya, mencapai usia 20 tahun dengan mengadakan majlis jamuan malam hari ini (29 Mac).
Sejak memulakan siarannya pada 1999, CNA menjadi nadi berita terkini yang membawakan pelbagai sudut perspektif dari seluruh Asia.
Satu-satunya media yang mempunyai paling ramai koresponden di negara-negara Asia, CNA menjadi wadah berita pilihan bagi masyarakat sejagat termasuk para diplomat yang mahu mendapatkan perkembangan rantau ini.
Cara penyampaian berita juga banyak berubah sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi. Ini termasuk penggunaan realiti tambahan (AR), untuk membolehkan tontonan lebih interaktif.
Baru-baru ini pula, Channel NewsAsia meluaskan liputannya dalam ruang digital.
Laman web Channel NewsAsia sudah berubah menjadi sebuah platform yang tidak asing lagi, dengan tujuan yang sama iaitu untuk sentiasa berada dekat dengan para pembacanya dan menyajikan berita daripada perspektif Asia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.