CNA rangkul emas di Anugerah Media Digital Asia WAN-IFRA 2026 selepas naik taraf aplikasi
CNA merangkul dua anugerah di Anugerah Media Digital Asia WAN-IFRA 2026, termasuk anugerah emas bagi naik taraf aplikasinya dalam kategori Laman Berita Terbaik atau Pelancaran Semula Aplikasi.
CNA merangkul dua anugerah di Anugerah Media Digital Asia WAN-IFRA 2026, termasuk anugerah emas bagi naik taraf aplikasinya dalam kategori Laman Berita Terbaik atau Pelancaran Semula Aplikasi.
- CNA memenangi anugerah emas dan perak di Anugerah Media Digital Asia WAN-IFRA 2026 atas naik taraf aplikasi dan siri podcast 'Age of Anxiety'.
- Anugerah disampaikan pada 28 April di The Manila Hotel, Manila, semasa persidangan Digital Media Asia.
- Penambahbaikan aplikasi CNA melibatkan reka bentuk baharu, kandungan pelbagai format, serta ciri penyesuaian dan penggunaan AI untuk ringkasan berita.
- Ketua editor Mediacorp, Lyn-Yi Chung, menekankan matlamat untuk menjadikan aplikasi lebih berguna dan menarik minat pelbagai jenis pengguna.
Ia merangkul perak bagi kategori Penggunaan Audio Terbaik bagi siri podcast 'Age of Anxiety' yang meneroka krisis kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan belia Singapura.
Anugerah tersebut diberikan pada Selasa (28 Apr) di sebuah acara di persidangan Digital Media Asia (DMA) yang diadakan di The Manila Hotel di ibu kota negara itu.
CNA sebelum ini memenangi 85 anugerah sepanjang 12 bulan lalu.
Ia juga sebelum ini memenangi anugerah emas global bagi Laman Berita atau Khidmat Mudah Alih Terbaik di Anugerah Media Digital Seluruh Dunia pada 2022.
Usaha bagi menaik taraf aplikasi CNA - yang dilancarkan bersama dengan reka bentuk laman yang baharu - berusaha menampilkan dengan lebih baik jenama kewartawanan CNA yang pelbagai dan boleh diyakini merentasi pelbagai genre dan format, di samping memberikan para pengguna lebih banyak kawalan.
Lengkap dengan data dari tinjauan pengguna dan kumpulan fokus, CNA menyesuaikan susunan halaman depan dan menambah lebih banyak jenis kandungan seperti video menegak, podcast dan Kisah Visual.
Laporan mendalam dan rencana dalam bahagian seperti 'CNA TODAY', 'Lifestyle' dan 'Luxury' juga lebih mudah untuk diakses.
Para pembaca boleh menyusun semula kategori pada halaman depan mengikut citarasa mereka sendiri, membolehkan mereka untuk mengutamakan susun atur apa yang dilihat pada aplikasi tersebut.
Sebuah butang FAST juga ditambah pada bar menu utama untuk memberikan pengguna lebih banyak akses kepada ringkasan artikel berita yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI), namun sentiasa diluluskan oleh seorang penyunting.
Secara keseluruhan, usaha menaik taraf aplikasi itu menghasilkan pendampingan lebih bermakna bersama pembaca CNA.
Ketua editor Perkembangan dan Inovasi, Mediacorp, Lyn-Yi Chung berkata:" Kami berhasrat untuk membina versi baharu aplikasi dan laman CNA yang berguna untuk semua orang - daripada seseorang yang dalam perjalanan ke tempat lain yang ingin mengikuti perkembangan terkini secara ringkas atau menonton video-video pendek, hingga ke seseorang yang mendalami kisah, podcast atau dokumentari di rumah.
"Memenangi anugerah ini sesuatu yang memuaskan, tetapi data yang menunjukkan para pembaca mengunjungi laman dan aplikasi kami, meneroka lebih banyak lagi dan kembali merentasi format, juga sama pentingnya.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.