CNA raikan ulang tahun ke-25
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Saluran CNA meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dan sepanjang suku abad itu ia berjaya memenangi lebih 500 anugerah antarabangsa.
Majlis meraikan ulang tahun ke-25 itu berlangsung di Capella Singapore di Sentosa pada Selasa (19 Mac), dan dihadiri Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo, serta Menteri Negara Kanan Dr Janil Puthucheary.
Sejak pelancarannya dengan jenama Channel NewsAsia di Singapura pada tahun 1999, CNA kini sudah berkembang menjadi sebuah pertubuhan berita antarabangsa.
Ia mempunyai 13 biro di merata Asia dan disokong oleh 23 biro Berita Rencana di Amerika Utara, Eropah dan Afrika.
CNA boleh diikuti di lebih 94 juta rumah dan bilik hotel di Asia Pasifik dan Timur Tengah.
Wadah online CNA pula dikunjungi lebih 10 juta pengguna berbeza setiap bulan.
Ia juga dilanggani lebih 4 juta pelanggan dan mencatat 27 juta tontonan sebulan di YouTube.
Selain itu, CNA juga mengekalkan kedudukannya sebagai jenama berita yang paling dipercayai di Singapura buat tahun kelima berturut-turut sejak 2019.
Encik Wong memuji CNA kerana kekal relevan sambil mengekalkan mutu yang tinggi dan kepercayaan orang ramai.
Beliau menggesa saluran berita itu untuk terus menceritakan kisah yang menyatukan masyarakat dan mendidik tentang sudut pandangan yang berbeza.

Sumber : CNA/SM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.