Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNA raih satu emas, tiga perak di Anugerah Media & TV Korporat Cannes

Anggaran Waktu Membaca:
CNA raih satu emas, tiga perak di Anugerah Media & TV Korporat Cannes

Petikan gambar dari dokumentari CNA Walk the Line, yang menang trofi perak. (Gambar: CNA Insider)

SINGAPURA: CNA meraih empat trofi – satu emas dan tiga perak – di Anugerah Media & TV Korporat yang berprestij di Cannes pada Khamis (26 Sep).

Keempat-empat anugerah itu adalah untuk dokumentari.

Dolumentarai bertajuk "Women of the Wetlands" menang emas dalam kategori Ehwal Semasa, manakala "The Untold Legend of Vickie Dutton, Reaching the Unreached" dan "Walk the Line" masing-masing meraih perak dalam kategori Sejarah dan Personaliti/Potret, Etnologi dan Sosiologi, serta Dokumentari Penyiasatan dan Laporan.

Syarikat induk CNA, Mediacorp juga membawa pulang pingat perak dalam kategori 'Trailers and Teasers' bagi Dokumentari dan Laporan – siri informasi pendidikan Cina 'Tuesday Report' untuk siri ke-7 Essentials.

Mediacorp menerima sejumlah lima trofi "Dolphin" di majlis anugerah tahun ini, yang diadakan di Cannes, Perancis, pada Khamis.

'Women of the Wetlands' mengisahkan bagaimana perubahan iklim telah memberi kesan kepada wanita Sundarbans dan cara mereka mengatasinya

Selepas taufan tropika yang kerap melanda kawasan itu, penjenayah sering mengambil kesempatan ke atas mangsa keluarga dan wanita dalam masyarakat yang musnah tersebut, dengan beberapa gadis diculik dan dijual ke rumah pelacuran.

Segelintir yang berjaya melarikan diri atau diselamatkan pulang ke rumah tetapi berdepan pula dengan stigma sosial.

Sementara itu, 'The Untold Legend of Vickie Dutton,' terbitan Peddling Pictures, menjejaki perjalanan pembuat filem Larissa Ong untuk meneroka kehidupan Vickie Dutton, seorang pereka fesyen dan peragawati Melayu pertama Singapura yang hasil rekaannya dalam ruangan majalah bulanannya memberi inspirasi kepada ramai orang pada tahun 1960-an.

Reaching the Unreached, pula, memberi fokus kepada isu ketidaksamaan penjagaan kesihatan yang tinggi di Asia, di mana terdapat secara purata hanya seorang doktor bagi setiap 1,000 penduduk di beberapa negara paling kurang membangun di benua itu.

Dihasilkan oleh Kraken Films, siri itu mengikuti perjalanan sekumpulan doktor ke masyarakat terpencil.

Akhir sekali, Walk the Line memberi tumpuan kepada warga China yang memasuki Amerika Syarikat secara haram melalui sempadannya di selatan dengan harapan untuk mencari kehidupan yang lebih baik – walaupun berdepan bahaya dan perjalanan yang berbahaya.

Ia mengikuti perjalanan koresponden CNA Wei Du, yang menempuh laluan itu bersama pendatang China dan cuba memahami sebab mereka terdesak untuk berbuat demikian dan jika Impian Amerika itu benar-benar wujud.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mediacorp Tham Loke Kheng berkata: "Kami berbesar hati kerana kandungan kami terus menerima pujian di pentas antarabangsa yang dihormati seperti Anugerah Media & TV Korporat Cannes. Lima kemenangan kami tahun ini mengesahkan kekuatan kami dalam menyampaikan maklumat dan cerita dari perspektif Asia.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan penerbitan dan rakan kongsi kami di atas pencapaian cemerlang ini! Saya berharap kami mendapat inspirasi daripada kemenangan ini dan terus mencipta kandungan yang hebat dan relevan dengan penonton di rumah dan di seluruh dunia."

Empat dokumentari CNA yang memenangi anugerah itu boleh ditonton di mewatch.
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan