Skip to main content

Singapura

CNA raih 4 emas, 4 perak di Anugerah w3 2026

Anggaran Waktu Membaca:
CNA raih 4 emas, 4 perak di Anugerah w3 2026

Bangunan Mediacorp di 1 Stars Avenue pada 18 Jun 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 12:44AM
  • CNA meraih lapan Anugerah w3 2026, iaitu empat emas dan empat perak, bagi karya interaktif, video dokumentari dan podcast yang dinilai oleh Akademi Seni Interaktif dan Visual di Amerika Syarikat.
  • 'Finding My Father's Killer' oleh Ridhwan Siregar memenangi emas interaktif dan perak dokumentari, hasil siasatan lebih enam bulan tentang kematian bapanya, wartawan Ersa Siregar, ketika konflik Aceh pada Disember 2003.
  • Podcast CNA memperoleh enam anugerah, termasuk emas untuk 'Behind the Glass', 'Age of Anxiety' dan 'Work It', serta perak untuk 'The Deep Dive', 'Money Talks' dan penulisan 'Behind the Glass'.
  • Ketua editor CNA Digital Loh Chee Kong menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti ketabahan pasukan menangani isu sensitif seperti kesihatan mental belia, gorila di Bangkok dan pencarian kebenaran di Indonesia.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: CNA meraih lapan anugerah - empat emas dan empat perak - bagi kandungan interaktif, video dan podcastnya di Anugerah w3 2026.

Anugerah w3 mengiktiraf kecemerlangan dalam laman web, pemasaran online, video web, laman dan aplikasi mudah alih, media sosial, podcast serta teknologi baharu yang dihasilkan penerbit kandungan digital dari seluruh dunia.

Penyertaan yang menang dipilih oleh Akademi Seni Interaktif dan Visual di Amerika Syarikat, sebuah badan profesional terkemuka dalam pemasaran digital dan industri kreatif yang beroperasi berdasarkan undangan sahaja.

'Finding My Father's Killer' oleh wartawan visual CNA Digital, Ridhwan Siregar, meraih anugerah emas bagi artikel interaktif dan perak bagi video dokumentari. Artikel interaktif dan video itu mengisahkan usaha Ridhwan Siregar untuk menyiasat mengapa dan bagaimana wartawan Indonesia, Ersa Siregar - bapanya - terbunuh ketika konflik Aceh pada Disember 2003.

Projek itu memerlukan lebih enam bulan persiapan untuk menjejaki bekas pemberontak, pegawai-pegawai tentera dan seorang rakan tahanan, dengan menggabungkan testimoni mereka pada masa kini bersama rakaman arkib dan artifak keluarga beliau.

Usaha mencari kebenaran itu menempuh pelbagai rintangan; namun pasukan Ridhwan Siregar dan Kiki Siregar (tiada kaitan) terus berusaha selama berbulan-bulan dengan panggilan telefon dan usaha gigih sebelum akhirnya menemui satu perkembangan penting.

'Finding My Father's Killer' turut memberikan pemahaman baharu mengenai kesan kemanusiaan konflik Aceh dan risiko-risiko khusus yang dihadapi wartawan di barisan hadapan melalui sudut pandangan yang amat peribadi.

6 KEMENANGAN BAGI PODCAST

Barisan podcast CNA turut memenangi keseluruhan enam anugerah, termasuk tiga emas dan tiga perak.

'Behind the Glass: Bangkok's Loneliest Gorilla', podcast tiga bahagian oleh wartawan CNA Digital, Jack Board, meraih emas bagi Episod & Rancangan Khas -Perkhidmatan Awam & Aktivisme, dan perak untuk Ciri Podcast-Penggunaan Penulisan Terbaik.

'Age of Anxiety', podcast dua bahagian mengenai krisis kesihatan mental belia, turut meraih emas bagi Episod & Khas Individu- Kesihatan & Kesejahteraan. Podcast 'Work It' CNA pula meraih emas bagi Episod & Rancangan Khas- Episod Didorong Pendengar atau Soal Jawab.

Podcast 'The Deep Dive' memenangi perak bagi Siri Am- Berita & Politik, manakala pengacara podcast 'Money Talks' Andrea Heng, turut meraih perak bagi Ciri Podcast Utama-Pengacara Terbaik.

"Tahniah kepada para pemenang daripada CNA tahun ini, yang bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan komitmen pasukan kami terhadap kecemerlangan, tetapi juga ketabahan, profesionalisme dan kecekapan dalam menangani topik-topik sukar dan sensitif seperti cabaran kesihatan mental golongan muda di Singapura, nasib seekor gorila yang dikurung di sebuah pusat beli-belah di Bangkok dan usaha menjejaki pembunuh bapa wartawan kami sendiri di Indonesia," kata ketua editor CNA Digital Loh Chee Kong.

"Di CNA, khidmat kepada audiens kami akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Anugerah antarabangsa seperti ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha tanpa mengenal penat lelah para wartawan kami di seluruh CNA, merentasi Asia - untuk membawa hasil kerja terbaik kami ke pentas global."

Bagi edisi anugerah 2025, CNA meraih lima anugerah emas dan empat perak, termasuk bagi rombakan aplikasi dan laman webnya.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH

EMAS

'Finding My Father's Killer': Interaktif
Laman Am - Berita

Ridhwan Siregar
Kiki Siregar
Kevin Kwang
Long Hui Lee
Ling Li Lim
Jason Tan
Kor Kian Beng
Alvin Chong

'Age of Anxiety'
Episod & Rancangan Khas - Kesihatan & Kesejahteraan

Crispina Robert
Tiffany Ang
Sai Ye Wint
Kenn Delbridge
Joanne Chan

'Behind the Glass'
Episod & Rancangan Khas-Perkhidmatan Awam & Aktivisme

Jack Board
Tiffany Ang
Kenn Delbridge
Joanne Chan

'Work It'
Episod & Rancangan Khas - Episod Didorong Pendengar atau Soal Jawab

Nat Fetalvero
Gerald Tan
Tiffany Ang
Pei Ning Ho
Odell Jeremiah
Joanne Chan

PERAK

'Behind the Glass'
Ciri Podcast - Penggunaan Penulisan Terbaik

Jack Board
Tiffany Ang
Kenn Delbridge
Joanne Chan

'Deep Dive'
Siri Am - Berita & Politik

Steven Chia
Tiffany Ang
Junaini Johari
Nat Fetalvero
Pei Ning Ho
Charlene Tan
David Bottomley
Hanidah Amin
Zikri Aiman
Arjun Bala
Joseph Jeremiah Jacop
Justin Garnell
Nurfaiz Samhari
See Tong Wai
Joanne Chan

'Finding My Father's Killer: The documentary'
Video Am - Dokumentari

Ridhwan Siregar
Kiki Siregar
Dawn Teo
Lyn-Yi Chung
Marcus Ramos
Rafa Estrada
Jason Tan
Kor Kian Beng

'Money Talks'
Ciri Podcast - Hos Terbaik

Andrea Heng
Nat Fetalvero
Tiffany Ang
Zikri ZarudIbrahim
Nurfaiz Samhari
Shah Rian
Joanne Chan
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita