CNA raih 3 anugerah kewartawanan kewangan di Pilihan Pelabur SIAS 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Saluran CNA Mediacorp menerima pengiktirafan Persatuan Pelabur Keselamatan (Singapura) dengan meraih tiga anugerah Pilihan Pelabur SIAS ke-23 bagi kewartawanan kewangan dan pendidikan pelabur pada Jumaat (7 Okt).
CNA juga menang Anugerah Media Cemerlang Dalam Pendidikan Pelabur Masyarakat, manakala koresponden Tang See Kit pula raih Anugerah Khas bagi laporannya mengenai pelaburan dalam era tidak menentu akibat COVID-19.
Ketua Editor Mediacorp Walter Fernandez berkata: "Dalam persekitaran ekonomi sejagat yang tidak menentu, minat orang ramai terhadap kewartawanan kewangan juga meningkat dengan ketara."
"Anugerah-anugerah ini adalah bukti terhadap usaha berterusan CNA dalam menyajikan liputan yang mendalam, di mana penonton kami mudah mendapat akses, relevan dan berguna."
SIAS memuji liputan CNA bagi topik-topik pelaburan di pelbagai platform.
Ia berkata: "Anugerah-anugerah ini mengiktiraf usaha cemerlang CNA dalam mempertingkatkan program-program pendidikan pelaburan. Dengan menggunakan pelbagi platformnya, termasuk laman web, TV, radio dan podcast, CNA meningkatkan lagi tahap pemahaman mengenai pelbagai instrumen pelaburan kewangan dan perkembangan dalam kalangan masyarakat pelaburan yang lebih luas. Ini adalah usaha terpuji yang harus diiktiraf."
SIAS juga memuji liputan Cik Tang mengenai tajuk-tajuk kewangan termasuk mata wang kripto, kadar faedah dan hartanah.
Editor Kanan Gerard Wong pula menang Laporan Kewangan Terbaik bagi dokumentari radio mengenai penipuan mata wang kripto.
Laporan yang sama juga menerima anugerah serantau bagi Anugerah-anugerah Kecemerlangan dalam Laporan Audio di Persatuan Penerbit Asia (SOPA) 2022 pada awal tahun ini.
SIAS menyifatkan laporan itu sebagai satu yang "disunting dengan terperinci, dikaji dengan baik dan mendalam ... mengenai industri yang sukar dan dipalit kontroversi serta mempunyai bahayanya".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.