Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNA pemenang anugerah global Laman Berita Terbaik Anugerah Media Digital Seluruh Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:
CNA pemenang anugerah global Laman Berita Terbaik Anugerah Media Digital Seluruh Dunia 2022

CNA dinobatkan sebagai pemenang global bagi Laman Berita atau Khidmat Mudah Alih Terbaik di Anugerah Media Digital Seluruh Dunia 2022 Persatuan Penerbit Berita Sedunia (WAN-IFRA) pada 29 Sep. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 30 Sep 2022 07:48AM Dikemas Kini : 30 Sep 2022 08:08AM
SINGAPURA: CNA dinobatkan sebagai pemenang global bagi Laman Berita atau Khidmat Mudah Alih Terbaik di Anugerah Media Digital Seluruh Dunia 2022 Persatuan Penerbit Berita Sedunia (WAN-IFRA).

Ia diumumkan di Kongres Media Berita Sedunia di Zaragoza, Sepanyol pada Khamis (29 Sep).

WAN-IFRA adalah pertubuhan global bagi media sedunia dan dianggotai seramai 60 ahli persatuan penerbit yang mewakili sebanyak 18,000 penerbitan dari 120 negara.

Pemenang lalu anugerah digital global yang menjadi rebutan ramai ini adalah The Washington Post pada 2021 dan The Guardian pada 2020.

CNA, yang meraih anugerah emas bagi Laman Berita atau Khidmat Mudah Alih Terbaik bagi Asia, bersaing dengan para pemenang anugerah emas dari enam wilayah lain - Afrika, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, Amerika Utara dan Asia Selatan – untuk memenangi anugerah global tersebut.

Anugerah serantau itu dinilai oleh juri tempatan dan ia kemudian akan dinilai oleh sekumpulan pengadil berbeza yang menilai kesemua pemenang dari wilayah-wilayah tersebut dan memilih yang terbaik dari setiap kategori bagi Anugerah Media Digital Sedunia.

CNA ditubuhkan pada 1999 dan ia memberi tumpuan kepada usaha membantu warga global memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang Asia.
Sumber : CNA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan