CNA menang Laman Berita Terbaik di Anugerah Media Digital Asia 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: CNA memungut emas keduanya bagi Laman Berita atau Khidmat Mudah Alih Terbaik di Anugerah Media Digital Persatuan Penerbit Berita Sedunia (WAN-IFRA) 2022.
Pada Khamis (3 Nov) malam, CNA dinobatkan sebagai pemenang emas bagi kategori Anugerah Media Digital edisi Asia. CNN Indonesia diumumkan sebagai naib juara. Anugerah itu diberikan sempena persidangan Digital Media Asia di Singapura.
Pada bulan September, CNA dinamakan pemenang global bagi Laman Berita atau Khidmat Mudah Alih Terbaik di Anugerah Media Digital Seluruh Dunia 2022 WAN-IFRA. Pemenang anugerah sebelum ini termasuk Washington Post dan Guardian.
CNA bersaing dengan pemenang emas Anugerah Media Digital dari rantau berbeza di seluruh dunia - Afrika, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, Amerika Utara dan Asia Selatan untuk memenangi anugerah global tersebut.

WAN-IFRA adalah pertubuhan global bagi media sedunia dan dianggotai 60 persatuan penerbit yang mewakili 18,000 penerbitan dari 120 negara.
Panel hakim bagi Anugerah Media Digital Seluruh Dunia 2022 memuji "CNA kerana tumpuannya terhadap inovasi". Mereka berkata laman web dan aplikasinya "dicipta dengan cara yang serasi sepenuhnya dengan mengutamakan pengguna berita, menggunakan pendekatan pemikiran ke hadapan yang hebat yang sepatutnya menjadi standard bagi industri pada 2022".
Syarikat induk CNA Mediacorp juga menang dua anugerah lain di Anugerah Media Digital Asia 2022.
Cabang kandungan jenama Mediacorp, Brand Studio menang Perak bagi Kempen Kandungan Jenama/Tajaan Terbaik untuk projeknya "ICA Invisible Guardians".
Laman berita dan hiburan berbahasa Cina 8World juga menang Perak bagi kategori Pelibatan Audiens Terbaik untuk Christmas Treasure Street.

Sumber : CNA/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.