Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNA menang anugerah laporan cemerlang mengenai perubahan iklim di Anugerah Asiavision

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: CNA merangkul anugerah laporan cemerlang mengenai perubahan iklim di Anugerah Asiavision pada Selasa (4 Okt).

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut CNA memenangi anugerah dalam kategori yang sama.

Penyertaan tahun ini menyorot bagaimana teknologi membantu industri fesyen Singapura, dengan wartawan CNA Lisha Rodney meninjau bagaimana industri melakukan lebih daripada sekadar bertukar-tukar barangan dan penggunaan semula barangan buangan dalam usaha kemampanan mereka.

CNA berkongsi penghormatan tertinggi itu dengan KBS Korea Selatan dalam kategori tersebut.

Enam calon dalam kategori berkenaan dinilai berdasarkan tajuk berita yang menarik.

Mereka juga dinilai berdasarkan mutu analisis dan kesempurnaan maklumat serta kesan dan kesedaran yang timbul melalui laporan itu.

Tahun lalu, CNA menang dalam laporan mengenai kekurangan biokepelbagaian di Singapura.

Anugerah yang dianjurkan oleh Asia-Pacific Broadcasting Union itu disampaikan di Forum Berita Global di New Delhi, India.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan