Skip to main content

Singapura

CNA menang 2 anugerah 'Penggunaan Video Terbaik' dan 'Podcast Terbaik' di Anugerah Media Digital Asia 2025

CNA memenangi dua anugerah, emas untuk Penggunaan Video Terbaik dan perak untuk Podcast Terbaik, di Anugerah Media Digital Persatuan Penerbit Berita Dunia (WAN-IFRA) Asia 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
CNA menang 2 anugerah 'Penggunaan Video Terbaik' dan 'Podcast Terbaik' di Anugerah Media Digital Asia 2025

Editor Kanan CNA Digital MaryAnn Soh menerima anugerah bagi kategori Penggunaan Video Terbaik di Anugerah Media Digital Persatuan Penerbit Berita Dunia (WAN-IFRA) Asia 2025.

Diterbitkan : 24 Apr 2025 12:25PM Dikemas Kini : 24 Apr 2025 12:26PM
KUALA LUMPUR: CNA memenangi dua anugerah, emas untuk Penggunaan Video Terbaik dan perak untuk Podcast Terbaik, di Anugerah Media Digital Persatuan Penerbit Berita Dunia (WAN-IFRA) Asia 2025.

Anugerah itu disampaikan pada Rabu (23 Apr) dalam satu majlis yang diadakan sempena Persidangan Digital Media Asia (DMA) di Kuala Lumpur.

Untuk Projek Build Your Own News Influencer, CNA memenangi anugerah emas untuk Penggunaan Terbaik Video.

Dengan peningkatan pempengaruh berita dengan gaya mereka yang tersendiri sebagai pesaing kepada penerbit dan penyiar berita, CNA cuba mencipta pempengaruh beritanya sendiri untuk mengembangkan jumlah penontonnya.

Sebagai sebahagian daripada projek itu, bekas penyampai berita Chan Eu Imm, yang merupakan seorang wartawan veteran dengan pengalaman selama 18 tahun, mencipta semula dirinya sebagai seorang pempengaruh dan pencipta kandungan berita.

Menerusi CNA Explains, beliau membongkar topik-topik seperti skandal GISBH di Malaysia, kemunculan Mpox, dan penangkapan seorang warga Singapura yang terlibat dalam penipuan kripto bernilai AS$230 juta.

Gaya penyampaiannya yang lebih berasaskan platform berjaya menjana peningkatan hampir 300 peratus pada jumlah tontonan video penjelasan CNA di YouTube.

Masa menonton untuk setiap video penjelasan di saluran YouTube CNA juga meningkat dua kali ganda.

Chung Lyn-Yi, Timbalan Ketua Editor dan Ketua Pasukan Pertumbuhan Digital CNA berkata: "Corak penggunaan berita sudah berubah sejak kebelakangan ini, tetapi kami telah berinovasi tanpa jemu untuk memastikan kandungan kami mudah diakses dan berhasil menarik perhatian ramai, baik penonton lama mahupun yang baharu. Pasukan pencipta kandungan celik data kami sentiasa mengkaji apa yang boleh kami lakukan dengan lebih baik lagi."

"Saya fikir kami telah membuktikan bahawa media tradisional boleh mencabar pempengaruh berita. Ia hanya memerlukan keberanian dan usaha untuk mencuba sesuatu yang baharu," tambahnya.

CNA juga merangkul anugerah perak untuk Podcast Terbaik bagi siri audio dua bahagian untuk Asian Tsunami Anniversary Special, yang dikaitkan dengan siri podcast Why So Serious terbitan 8World News.

Sempena memperingati ulang tahun ke-20 bencana itu, pasukan dokumentari hal ehwal semasa CNA kembali ke tempat kejadian untuk menemu bual para mangsa yang terselamat yang kehidupan mereka berubah buat selama-lamanya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita